Serunding Ikan


Kalau kat Malaysia tu senang je nak makan ape2, kalau malas boleh pegi beli je..tapi kalau dah ddk tpt org tu.. terpaksalah buat sendiri bila teringin nak makan sesuatu..mmmm...
ari ni teringin nak makan serunding ikanlah..
Senang sesgt nak membuatnya..
Bahan-bahan:
3 mangkuk isi ikan(tenggiri/kembung) ~ rebus ikan,buang tulang dan kisar atau tumbuk
1 senduk bawang putih dan bawang merah yang dikisar


Cili kering ~ ikut pedas yang disukai
2 mangkuk kecil bawang goreng (untuk menyedapkan lagi serunding)
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis.
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang kisar sehingga wangi. Kemudian masukkan cili dan
goreng hingga garing.
2. Masukkan air asam jawa,garam dan gula secukup rasa.
3. Masukkan isi ikan dan kacau sehingga kering dengan mengunakan api yang sederhana besar.
4. Setelah serunding kering,sejukkan. Kemudian masukkan bawang goreng dan gaul rata.sedia untuk dihidang.

1 ulasan:

Fenrisar berkata...

This comment has been removed because it linked to malicious content. Learn more.

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.