Ikan Kukus (Stim) Asam Boi

Bahan-bahan:

1 ekor ikan (anggaran 500gm) ~ sea bream ( ikan lain2 pn blh seperti siakap, kembung bawal)
30gm cendawan kering ~ rendam dan dihiris
3 biji asam boi
1 biji bawang besar ~ dihiris
1/2 inci halia ~ dihiris halus
1 biji tamato ~ dihiris
1 batang lobak merah ~ dihiris
4 biji cili api ~ dibelah 2 (nk pedas tambah lagi)
1 btg serai ~ diketuk
1 sudu mkn bawang putih,merah,halia yg ditumbuk
1 camca teh tepung jagung
2 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Sedikit daun bawang

Cara penyediaan:

1. Panaskan kukusan. Satukan bawang putih,merah dan halia yg ditumbuk, sos tiram, tepung jagung, garam dan gula serta sedikit air.
2. Gaul rata bahan tersebut bersama ikan. Tabur lobak merah, bawang besar, cendawan, halia, tomato, cili api, asam boi dan serai.
3. Kemudian kukus ikan atas air mendidih selama 15-20 minit atau sehingga masak. Angkat dan taburkan sedikit daun bawang.

Limpa Goreng Cili

Ini adalah masakan yg sempat saya masak semasa bercuti di m'sia baru ni..limpa goreng bercili, agak susah utk mendapatkn limpa..ni kebetulan jumpa semasa membeli daging salai..tu pn limpa yg beku..

Bahan-bahan:

500 gm limpa ~ rebus dan dihiris
5 biji cili api*
3 biji cili merah*
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
* dikisar (sy gunakan blender yg kering)
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 sudu cili sos
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak.

Cara penyediaan:

1. Tumis bahan kisar sehingga garing, masukkan sos cili dan sedikit air.
2. Masukkan limpa dan gaul sehingga rata.
3. Rasakan masin dan manisnya. Masukkan bawang hiris, gaul seketika dan bolehlah diangkat.
* Limpa ni rasanya lebih kurang mcm hati jugak tapi bagi saya limpa lebih sedap sebab ianya lebih lembut dan tidak keras seperti hati.

Nasi Goreng USA

Salam semua.. setelah sebulan lebih saya cuti2 malaysia, kini kembali semula ke dapur masak ku di UAE ni..menu pertamanya ialah nasi goreng usa, resepinya telah diubahsuai sedikit..

Bahan nasi:
2 mangkuk nasi
2 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 sudu cili kisar
1 sudu sos tiram
1/2 batang lobak merah ~ dipotong dadu (blh guna mix veg)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak.

Cara penyediaan nasi:
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang besar dan cili kisar dan goreng sehingga garing.
2. Masukkan sos tiram dan lobak merah(mix veg), gaul rata.
3. Masukkan nasi dan gaul sehingga rata. Rasakan masin dan bolehlah diangkat.

Daging masak merah:
300gm daging ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang besar ~ dihiris
1/2 biji capsicum ~ dihiris
1 biji tomato ~ dipotong 6
1 sudu cili kisar
2 sudu cili sos
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak.

Cara penyediaan daging:
1. Tumis bawang putih hingga naik bau,masukkan cili kisar dan biarkan seketika sehingga cili masak.
2. Masukkan daging dan biarkan sehingga air daging kering.
3. Masukkan cili sos, capsicum dan bawang besar, gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan tomato dan perasakan masim, manis dan masamnya.
5. Hidangkan bersama nasi, telur mata kerbau, tomato dan timun.
Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.