Ayam Bakar Berkentang


Bahan-bahan:

1 ekor ayam }dibelah 2 dan dikelar-kelar
1 sudu madu
2 sudu sos tiram
2 biji kentang }dipotong mengikut suka
1 labu bawang besar }dibelah 6
1 biji tomato }dibelah 4
Sedikit serbuk pati ayam
1 sudu cili serbuk }kalau nak pedas boleh ditambah lagi
Sedikit tepung jagung}untuk memekatkan kuah ayam
Garam dan gula secukup rasa.

Bahan untuk kisar:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 sudu jintan putih
1 sudu jintan manis.

Cara penyediaan:
Gaulkan ayam dengan bahan kisar,madu, sos tiram,serbuk pati ayam,cili serbuk,garam dan gula.kemudian perapkan ayam tersebut selama 2-3 jam(paling elok semalaman, disimpan didalam peti sejuk).selepas diperap,gaulkan ayam dengan kentang,bawang dan tomato.letakkan ayam ke dalam mangkuk/loyang.kemudian dibakar didalam ketuhar micro selama -40-50 minit atau sehingga masak.balik-balikkan ayam dan bahan lain supaya masak sekata.setelah masak keluarkan ayam.kemudian lebihan kuah ayam tadi,dicampurkan dengan sedikit tepung jagung dan masak sehingga kuah menjadi pekat.taburkan kuah tersebut ke atas ayam.sedia untuk dihidang.
Posted by Picasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan