Masak Lemak Pucuk Labu

Bahan-bahan:
Pucuk labu
Fucuk
Soohon
Kentang ~ kalau ada keledek lagi sedap
1 ulas bawang besar ~ hiris
1-2 batang serai ~ diketuk
Sedikit udang kering ~ ditumbuk
Santan secukupnya
Garam dan gula ~ secukup rasa
Cara Penyediaan:
Masakkan santan bersama bawang, udang kering, serai dan ubi kentang. Apabila mendidih dan kentang agak empuk, masukkan pucuk labu, fucuk dan soohon. Letaklah garam dan gula secukup rasa. Didihkan sebentar dan bolehlah diangkat. Sedia dihidang.

Jus Nanas


Bahan-bahan:
Beberapa potong nanas
Gula secukup rasa
Sedikit air
Beberapa ketulan ais.
Cara penyediaan:
Kisar nanas dengan sedikit air. Letaklah gula secukup rasa. Masukkan ke dalam gelas dan tambahlah beberapa ketulan ais.Sedia untuk diminum..

Asam Tumis(pedas) Kepala Salmon


Nah ni dia kepala ikan salmon yang belum dimasak..Ari tu my hubby beli seekor ikan salmon so minggu tu makan salmon jelah hehehe...


Bahan-bahan:
Yang penting kepala ikan salmonlah kan tapi campurlah bahagian2 lain
3 sudu cili kisar ~ jika ingin pedas, tambahkan
1 labu bawang besar ~ dikisar
3 ulas bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
1inci halia ~ dikisar
Sedikit kunyit serbuk/hidup
Sedikit belacan
Air asam jawa secukupnya
Bunga kantan dan daun kesum secukupnya
Garam dan gula ~ secukup rasa
Air
Minyak untuk menumis.
Cara Penyediaan:
Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar sehingga naik baunya. Masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga garing. Perlahankan api dan masukkan ikan. Selepas itu, masukkan pula jus asam jawa dan biarkan api perlahan sehingga mendidih. Letaklah garam dan gula secukup rasa. Tutup periuk dan biarkan sehingga masak.

Sedia dihidang..

*Boleh ditambah dengan sayur seperti kacang bendir atau terung..

Salmon Salad

Resepi salad ni saya pernah buat sebelum ni tapi saya buat salad ayam..kali ni saya nak tunjukkan salad salmon pulak..bahan2nya lebih kurang sama je..

Bahan-bahan:
Salmon yg telah dipanggang ~ di hancurkan sedikit isinya
6 helai lattuce( kalau tak de gunalah daun salad) ~ dihiris
1 biji tomato ~ dibuang biji dan dihiris ikut sukalah
1 batang lobak merah ~ dihiris
1 biji bawang besar ~ dihiris
Untuk sos:
3 sudu minyak zaitun
1 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
3 sudu jus lemon ~ nk masam blh ditambah lagi
Garam, gula dan serbuk lada hitam ~ secukup rasa.
Cara penyediaan:
Letakkan semua bahan-bahan salad dan salmon ke dalam mangkuk. Seeloknya sos digaulkan bersama salad ketika hendak makan.