Bahan-bahan:
1 kg beras pulut ~ cuci dan rendam sekurang2nya 3 jam dan toskan
2 1/2 cawan santan
1 sudu kecil garam
Sedikit gula
Air secukupnya untuk mengukus
Bahan serunding: Resepinya seperti di sini...
Untuk pulut :
1. Beras pulut dibersihkan kemudian direndam dlm air selama 3-4 jam.
2. Toskan beras pulut, kemudian dikukus hingga separuh masak (naik wap).
3. Campurkan garam dan gula ke dalam santan.
4. Angkat pulut, masukkan ke dlm mangkuk besar kemudian gaulkan dengan santan dan kacau rata .
5. Masukkan semula ke dalam pengukus dan kukus lagi hingga masak. Angkat dan sejukkan.
Untuk pulut serunding:
1. Ambil sedikit pulut dan kepalkan.
2. Golek dengan serunding sehingga membaluti pulut. Bolehlah dihidangkan. (Dalam gambar saya guna acuan chara. Letakkan plastik dlm acuan, tekan pulut padat2 dan keluarkan perlahan2, hidangkan bersama serunding).
mana resepi nak buat serunding ikan
BalasPadam