Kuih Lapis Merah Putih
Ni pn pertama kali buat kuih lapis merah putih ni..biasa lapisannya sebyk 7 lapis je...tapi saya buat ni byk lak lapisannya..tapi tak pe, janji sedap dimakan hehehe..
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung kastad atau tepung jagung
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 sudu kecil garam
Pewarna merah
Cara penyediaan:
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit.
7. Lapiskan adunan merah dan asal/putih berselang seli sehingga adunan habis.
8. Sejukkan sebelum dipotong.
Sedia untuk dihidang.
Saya berjaya buat kuih lapis pagi ni..anak2 terkejut tengok mama dia buat kuih sedap breakfast pagi ni. Tq resepi raidah.sesedap rasa.
BalasPadam