Samosa Melayu

Di Abu Dhabi ni samosa mmg byk dijual, intinya pula ada berbagai2 dari sayur bayam hinggalah ke cheese. Disini saya membuat samosa versi melayu dgn isi inti karipap. Di Abu Dhabi ni "samosa leaves" mudah didapati dari supermarket sampaila ke kedai2 kecik. Nak membuatnya amatlah mudah, cuma rajin dan malas sahaja.. hehehe..

Bahan-bahan:
Kulit samosa/kulit popia ~ secukupnya
Minyak ~ untuk menggoreng


Inti:
2 cawan daging kisar
500g ubi kentang ~ potong dadu dan direbus sehingga empuk, toskan
2 biji bawang besar ~ potong dadu
2 ulas bawang putih ~ cincang
1-2 sudu besar rempah kari
1 tangkai daun kari (optional)
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air
Garam dan gula ~ secukupnya

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan rempah kari dan masak sehingga garing.
3. Masukkan daging dan biarkan sehingga daging masak.
4. Masukkan kentang, garam, sedikit gula dan air. Masakkan seketika sehingga air kering.
5. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk. Sejukkan dan sedia utk membuat samosa.


Cara membuat samosa:

1. Ambil sekeping kulit samosa, Kemudian lipatlah kulit supaya menjadi kelungsung 3 segi tepat.
2. Masukkan inti dan lipatlah utk menutup samosa.
3. Akhir sekali gamkan pada hujung kulitnya dgn 'gam tepung' (bancuhan tepung gandum+air). Buat sampai habis.
4. Goreng samosa tadi dalam minyak penuh dengan api sederhana panas.


** Kalau menggunakan kulit popia. Ambil sekeping kulit popiah, potong 2 atau 3 mengikut saiz yg dikehendaki. Cantumkan di antara satu dgn lain dgn ‘gam tepung’ supaya kulitnya pjg. Lepas tu lipatlah kulit supaya menjadi kelungsung 3 segi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan