Cucur Badak Perantau

Bahan-bahan:
600gm keledek
1 1/2 - 2 cawan tepung gandum
Minyak utk menggoreng
Bahan inti:
1/2 biji kelapa parut
3 biji bawang merah**
2 ulas bawang putih**
2-3 sudu besar udang kering**
2cm kunyit hidup**
2 batang serai**
** dikisar
2 sudu besar cili kisar (kalau nk pedas tambah lagi)
Garam dan gula
Minyak
Cara penyediaan inti:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
2. Masukkan cili dan masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan kelapa parut, garam dan gula, gaul rata.
4. Kecilkan api dan masak sambil dikacau selalu hingga serunding berderai tetapi tidak kering. Angkat dan sejukkan.
Cara penyediaan kulit:
1. Kupas keledek, potong kecil2 dan rebus dengan 1 sudu teh garam hingga keledek empuk.
2. Toskan dan lenyek hingga lumat. Masukkan tepung gandum, gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.
3. Bentukkan bulat mengikut citarasa sendiri.
Cara penyediaan cucur badak:
1. Ambil doh yg telah dibulatkan tadi dan leperkan. Masukkan inti di tengahnya dan tutup kembali. Buat sehingga selesai.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur badak hingga kuning keemasan.
Angkat dan sedia dihidangkan.

2 ulasan:

  1. kak rai.. sedapnya cucur badak tuh.. akak guna kelapa kering ke kelapa biasa cam kat mesia?

    dah lama akak duk tmpt pak arab tuh? ooo asben akak kije sana ek.. arghh.. meroyan la tgk kueh cucur badak nih.. nak buat tah bila :(

    BalasPadam
  2. Hai yumna..wat cucur badar tu, akak guna kelapa kering je.dh merantau ni, bknnya mcm kt m'siakn. time nk guna leh gi kedai je beli. kt sini kelapa parut jual kt kt kedai tertentu je..tapi kelap biji tu byklh kt kedai& mana2psraya.

    Akak ddk kt timur tengah ni dh 4thn..seblm ni ddk kt Riyadh, Arab Saudi..a'ahh asben keja sini..

    BalasPadam