Nasi Mandhi Abu Dhabi


Saya belajar membuat nasi mandi ni dari blog rakan yg tinggal di Riyadh, Arab Saudi. Saya telah pun mencubanya. Saya ada menambah beberapa bahan lain dari resepi rakan saya ni, begitu juga dgn sukatan utk bhn yg digunakn adalah mengikut sukatan saya sendiri.

Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukk
an ke dalam nasi.

Nasi:

4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:

1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

Sos:

1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.

Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Ulam:

~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.



Proses meng"asap" nasi dgn arang + sedikit minyak..



Ayam yg telah siap dipanggang..


Nasi mandi sedia dihidang bersama daun Jarjeer, ulam kegemaran orang2 Arab..

22 ulasan:

  1. salam....ulam jarjeer tu mmg sedap....cecah ngan sambal belacan pun sedap....uminisadhia Qatar....

    BalasPadam
  2. salam...nak mintak tolong puan ..sy ni penggemar masakan arab..cuba puan bukak youtube dan search mansaf ..ada makcik arab gemuk tu ajar masak nasi mandi ..tapi bahasa arab la langsung x paham ..tolong kot kot puan boleh cari resepi nya

    BalasPadam
  3. salam aidah
    rempah campuran tuh
    yang mcm mana yer...
    saya kureng tahu... terima kasih

    BalasPadam
  4. OMG... ni la resepi yang dicari2.. perfect! thanks for sharing :)

    BalasPadam
  5. Salam, tq for sharing this recipe. Nasi Mandy sedap n x muak. Boleh makan berulang Kali. Anak2 pun suka.

    BalasPadam
  6. Salam resipiraidah.
    Saya telah mencuba nasi mandhi ni. Terima kasih berkongsi resipi ya. :)

    BalasPadam
  7. Salam Puan, dah lama cari resepi nasi/chicken mandy ni. Dah cuba n menjadi (nasib baik ler). Lepas ni nak cuba your nasi kabsa pulak.

    BalasPadam
  8. pernah mkn nasi ni kat restoran arab..tp blm pnh try sendri..mtk kongsi resepi ni ye sis...nk try wat utk hubby...tq..

    BalasPadam
  9. Terimakasih Puan kerana berkongsi resipi.Semoga diberkati.

    BalasPadam
  10. sedap...sgt2 menjadi..teringat kenangan makan nasi arab di tanah suci mekah bulan lps.sy cuma wat salad timun n tomato dgn mayonis sbb dia xmkn ulam.satu umah bau wangi...tima kasih kak

    BalasPadam
  11. mana nak dapat serbuk kabsa .

    BalasPadam
  12. Tengah cari resipi n.arab ni...tp dok tilik2 mcm wat n.minyak je apa pun kena try lu...tq share resipi ni...memng nmpk sdap!!!!.

    BalasPadam
  13. HomeMade Rempah Kabsa

    Bahan - bahan:
    1 sudu makan bunga cengkih
    **1 sudu makan lada hitam
    **1 sudu makan jintan manis
    **1 sudu makan jintan putih
    **2 sudu makan biji ketumbar
    **1 sudu makan buah pelaga
    **1 sudu buah pelaga hitam
    (black cardamom pods)
    **1 sudu makan serbuk cili
    1 sudu teh kunyit

    Cara penyediaan:
    1. Goreng tanpa minyak
    bahan2 yg bertanda **
    sehingga naik bau dan
    angkat.
    2. Kemudian kisar semua
    bahan sehingga hancur.
    3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara. Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan
    daging.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bhn2 bwt rmpah tu sama mcm bhn nk bwt rmpah masala :)

      Padam
    2. Salam kak sy nk tnye.ayam 2 mmg kne bkar k.klu kukus jd x??

      Padam
  14. Made in Abhu Dhabi, kena cuba nie. Terima kasih kerna sudi berkongsi resepi nasi arab ni.

    BalasPadam
  15. salam....nasi arab ni kalo nak sedap lagi saya cadangkan pakai basmati pusa 1121 cream,market kat luar harga RM13.50 per kg,tapi saya bekalkan anda basmati jenis pusa 1121 ni hanya RM9.50...hubungi saya untuk dapatkan beras basmati pusa 1121 cream dgn harga yang lebih murah dari pasaran di talian 012-9727136 (hafiz)....tiada min order,sekilo pun saya hantar sampai depan umah...selamat mencuba... :)

    BalasPadam
  16. slm,saya wan zakris tinggal di putrajya
    menjual rempah nasi arab terpantas untuk disediakan

    x perlu tumis,campur beras, pes dan lauk sahaja

    1.nasi mandhy
    2.nasi maqlubah
    3.nasi kabsah

    Harga Rm 18 sekotak siap bersama beras basmati
    sesuai makan untuk 5-7 org
    -wan zack 017-2479884 prefer whatsap

    ps-Cod percuma untuk kawasan berdekatan putrajaya

    BalasPadam
  17. Dah try.. terima kasih. Memang sedap n lembut. Tulang pun lembut jer.. mak mertua pun puji...itu yg lagi best tu! ����

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum..... Mula2 sya nk ucapkn terima kasih kerna sudi share resepi ni.Sya dh try buat mmg sedap spt beli. Rasanya x rugi mencuba. Anak2 makan bertambah-tambah. Sedap katanya. Cuma cerewetnya bila terpaksa buat rempah kabsa. Byk prosesnya tp seronok bila anak2 mkan bertambah-tambah. Terima kasih sekli lg kpd empunya resepi. Apa-apa pun mmg terbaik.

    BalasPadam
  19. Terima kasih atas perkongsian resepi.sangat membantu saya untuk memyediakan nasi arab di rumah

    BalasPadam