Bahan-bahan:
5 biji pisang ~ saya guna pisang berangan
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
Strawberry secukupnya untuk bahan taburan (Optional)
1/2 cawan kelapa parut putih
3 sudu besar gula atau secukupnya
Sedikit garam
Sedikit butter
Cara-Caranya:
1.Lenyek pisang hingga halus dan masukkan semua bahan. Gaul sehingga sebati dan ketepikan.
2. Panaskan 1/2 sudu kecil butter, kemudian, ambil sedikit adunan dan tuang atas kuali.
3. Leperkan dan letakkan hirisan strawberry di atas lempeng.
4. Masak hingga garing dan balik-balikkan untuk mendapatkan hasil yang cantik.
ermm sedapnyerrr nampak..nampak senang jek..suka makan tp xpenah buat t nk try la..
BalasPadam