Ketupat Sotong/ Sotong Sumbat ~ Pedas

Pertama kali cuba membuat ketupat sotong..Buat 2 jenis, pedas dan yang tidak pedas untuk anak-anak. Untuk resepi ini saya sertakan resepi ketupat sotong versi pedas..

Bahan-bahan:

6 ekor sotong ~ buang selaput/kulit luar, bersih dan ditoskan
1 cawan beras pulut
1 cawan santan cair
2 sudu cili kisar
2 ulas bawang kecil**
2 batang serai**
1/2 inci lengkuas**
2 biji buah keras**
**Dikisar/tumbuk halus
2 cawan santan pekat
Garam dan gula secukupnya
Lidi
Minyak untuk menumis.

Cara penyediaan:

1. Masak/kukus beras pulut dengan santan cair sehingga separuh masak. Setelah agak sejuk sumbatkan ke dalam sotong. Jangan terlalu penuh/padat, lebih kurang 3/4 badan sotong.
2. Kemudian masukkan kepala sotong dalam sotong tersebut dan sematkan/tutup dengan lidi.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar/tumbuk sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan santan dan sotong. Masukkan juga garam dan gula secukupnya.
5. Masak dengan api sederhana sehingga sotong masak dan kuah agak pekat.

6 ulasan:

  1. lama dah nak makan ketupat sotong ni..masih xdapat lagi..huhu

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum Raidah..apa kabar? ketupat sotong pedas belum pernah cuba.kalau versi Ganu dan kel pernah juga buat.

    BalasPadam
  3. Salam kunang-kunang..
    Cubalah buat..tak susah pun.

    Waalaikumussalam mamasya,
    Kaba baik mamasya..saya buat ketupat ni 2jenis pedas dan versi Ganu..

    BalasPadam
  4. dh lama x makan ketupat sotong.. nak cari kat kedai mmg x jumpa.. nasib baik kat sini ada resepinya boleh saya mencubanya...


    blog resepi raidah tersenarai dalam list terjah bersama myobw...

    BalasPadam
  5. Beri Laluan


    Nak promosi produk atau perkhidmatan? Klik sini PERCUMA 100%

    BalasPadam