Air Katirah Abu Dhabi

Minuman yang popular ketika di bulan Ramadhan. Puasa lepas tidak berkesempatan untuk membuatnya, jadi buatlah pada hari biasa kerana bahan-bahannya pun telah lama dibawa dari Malaysia. Saya menggunakan resepi dari my resipi.. dan membuat sedikit penambahan dengan merujuk resepi lain...

Bahan-bahan:
Air ~ secukupnya
Gula pasir ~ Secukup rasa
15 biji badam~ tanpa kulit
1 tin susu cair
Daun pandan
100 g katirah
Sedikit pewarna hijau

Bahan isian tambahan jika suka:

Segenggam kembang semangkuk ~ direndam berasingan
1 sudu besar biji selasih ~ direndam berasingan
Hirisan buah kurma
Cincau ~ dipotong
Kacang tanah goreng ~ dibuang kulit
Cendol
Ketulan ais secukupnya

Cara penyediaan:

1. Rendam dahulu katirah hingga kembang semalaman.Tapis dan bersihkan.
2. Masak air, gula dan daun pandan sehingga gula larut.
3. Kisar badam bersama sedikit air hingga halus dan tapiskan ke dalam air gula tadi dan masak lagi hingga mendidih, kacau sentiasa. Matikan api dan biar sejuk.
4. Setelah air sejuk, masukkan susu cair dan katirah dan gaul rata. Titikkan pewarna hijau dan pewarna lain jika suka dan tambahkan bahan2 isian lain secukupnya. Sejukkan didalam peti sejuk.
5. Enjoy~! (^_^)...

Katirah atau getah anggur sebelum dan sesudah direndam..

Sedia untuk dihidangkan..

13 ulasan:

  1. errmm...bestnyer air ni..sejuk jer tekak...

    BalasPadam
  2. ohhh berkhasiat air ni ye. Tapi nak menyediakan banyak pulak bahan nak kena carik.

    BalasPadam
  3. Salam..Dalam cuaca panas macam ni sedap gak dapat layan air macam ni..nyamannnnn jeee

    BalasPadam
  4. esok nak buatlah...hmmmm sdpnya

    BalasPadam
  5. Belum pernah minum air katirah, getah anggur pun taktau mcmna rupa.

    BalasPadam
  6. hai..salam pkenalan:)

    x penah munim pun air ni..kalau nak buat mana nak cari getah anggur 2 hehehehe

    BalasPadam
  7. jadi teringin pulak tgk air2 ni...rasa dahaga..

    BalasPadam
  8. salam kenal... mcm mana rasa dia ye...teringin nak segelas...hehe... act dah 2 tahun follow resepi raidah secara senyap2...hari ni sy tinggalkan jejak...tq 4 sharing.

    BalasPadam
  9. mesti sedap nih!
    www.the-simpleme.blogspot.com

    BalasPadam
  10. kreatif...menarik di mata sedap di selera

    BalasPadam
  11. Iam reading your blog first time, and i loved :) have a lot of delicious recipes here... i will be reader :)
    The best recipe ever

    BalasPadam