Roti Orang Arab



Ni pulak sarapan pagi orang2 arab kat sini..roti bersama dengan pencicahnya..roti tu punyalah besar, ni yg kecik dlm 1 ft lebarnya, harga lak 1 riyal je, kalau ikut currency exchange sekarang ni dlm 90sen la.

Yg besar lak dalam 1.5 ft lebarnya, ha yg tu i sefamily pun lum sure leh abis for i breakfast. Harga lak 2 riyal.

Roti yg original mcm roti nan yg byk dijual di kedai2 mamak kat kl, disini dipanggil thamis. Yg yg hubby i beli ni yg dialun selera org pakistan, nak order sebut paratha, ala2 macam roti canai gitu..kuahnya pulak dipanggil "hadis" rasa macam kacang dal yang dicampur dengan keju (yang warna putih),bawang, tomato, telur rebus yg dicincang dan sedikit rempah, makan bersama bawang, cili dan lemon.

Yg kat bawah sekali tu ala2 scramble egg gitu, telur yang dimasak bersama tomato dan bawang besar cincang..

Nak tau makanan2 org arab lagi? Stay tune for next post.... bye

Posted by Picasa

Kabsa (Nasi Orang Arab)


Hari ni nak tunjukkan nasi arab.nasi kabsa namanya.nak buat sendiri tak pandai lagi.jadi kalau nak makan suruh je cik abang pegi beli.harganya pun murah je..kalau lamb kabsa ni,harganya dalam SAR35..

Posted by Picasa

Bubur Ayam Bercili

Bahan-bahan:
2 cawan beras
1/2 ekor ayam }rebus dan disiat-siat
3 biji bawang merah }dihiris
2 ulas bawang putih }dihiris
1 inci halia }diketuk
1 biji kentang }dipotong dadu
3-4 biji cili api }diketuk
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun bawang
Air
Sedikit serbuk pati ayam
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan:
Panaskan minyak,tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.kemudian masukkan cili api,halia,beras yang telah dibersihkan dan digaul rata.masukkan air dan juga air rebusan ayam tadi dan didihkan hingga separuh masak.masukkan kentang,ayam,serbuk pati ayam dan garam.masakkan sebentar lagi.sebelum mengangkat bubur,masukkan daun ketumbar dan gaulkan.ketika menghidang,taburkan dengan sedikit daun bawang dan bawang goreng.

*untuk lebih sedap, makan bersama kicap pedas dan sedikit perahan limau.

Kicap pedas

Bahan-bahan:

Segengam cili api
3 ulas bawang putih
Sedikit air
Kicap
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:
Kisar cili api bersama bawang putih sehingga halus.panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi sehingga masak.masukkan sedikit air dan kicap secukupnya dan biarkan mendidih sebentar.sedia untuk dihidang.
Posted by Picasa

Ayam Bakar Berkentang


Bahan-bahan:

1 ekor ayam }dibelah 2 dan dikelar-kelar
1 sudu madu
2 sudu sos tiram
2 biji kentang }dipotong mengikut suka
1 labu bawang besar }dibelah 6
1 biji tomato }dibelah 4
Sedikit serbuk pati ayam
1 sudu cili serbuk }kalau nak pedas boleh ditambah lagi
Sedikit tepung jagung}untuk memekatkan kuah ayam
Garam dan gula secukup rasa.

Bahan untuk kisar:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 sudu jintan putih
1 sudu jintan manis.

Cara penyediaan:
Gaulkan ayam dengan bahan kisar,madu, sos tiram,serbuk pati ayam,cili serbuk,garam dan gula.kemudian perapkan ayam tersebut selama 2-3 jam(paling elok semalaman, disimpan didalam peti sejuk).selepas diperap,gaulkan ayam dengan kentang,bawang dan tomato.letakkan ayam ke dalam mangkuk/loyang.kemudian dibakar didalam ketuhar micro selama -40-50 minit atau sehingga masak.balik-balikkan ayam dan bahan lain supaya masak sekata.setelah masak keluarkan ayam.kemudian lebihan kuah ayam tadi,dicampurkan dengan sedikit tepung jagung dan masak sehingga kuah menjadi pekat.taburkan kuah tersebut ke atas ayam.sedia untuk dihidang.
Posted by Picasa