Kembung Bakar Special + Air Asam


Bahan-bahan:
Ikan (kembung,pari,terubuk dll)
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam.

Cara penyediaan:
Ikan dibersihkan. Lumurkan dengan serbuk lada hitam dan garam. Bakar hingga masak.

* Sedap dimakan bersama air asam dan sedikit ulam-ulaman.


Air Asam

Bahan-bahan:
2 sudu teh asam jawa (kalau nak masam boleh ditambah lagi)

½ sudu teh belacan (kalau nak lebih tambah jelah lagi)

10 biji cili padi (dihiris)

1 biji bawang besar (dihiris)

1 biji tomato (dipotong dadu)

Sedikit garam

Gula secukup rasa.


Cara penyediaan:

Masukkan air suam ke dalam bekas berisi asam jawa dan belacan.
Ramas untuk dapatkan pati asam jawa.
Buang biji asam jawa.
Tambah sedikit garam serta gula secukup rasa dan kacau.
Masukkan cili padi, bawang besar dan tomato.
Jika suka, anda boleh menambahkan dengan memasukkan cili api yang ditumbuk untuk menambah kepedasannya.
Sedia untuk dihidangkan.

Banana Milk Shake

Ingredients for 2 delicious glass of juice:


2 bananas

1 glass of milk

2 scoop of vanilla ice-cream

5 ciub ice

sugar to taste.

Sirap ( untuk hiasan je)


Method:


Put all the bahan-bahan in the pengisar and juice with your home juicer, pour in the glass and letaklah ketulan ais.put setitik sirap & kacau & hias sesuka hati. ready to serve!

Ciku Juice


Bahan2 ni good for 2 glass...

Ingredients:
2 cikus
1 glass of milk
2 scoop vanilla ice-cream
Sugar sesedap rasa
5 ketul ice
Method:
Peel and cut the ciku. Then put all the ingredients in the processer including the ice. Tuang the juice in the glass & ready untuk di minum.... You'll love this tasty juice!

Sup Labu

Ari ni beli labu besar,hubby i suggest buat pumpkin soup.tak pernah lagi try membuatnya.tapi nilah hasilnya...my kids loved it..



Bahan-bahan:
1 labu bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
2 biji kentang (potong kecil)
200 gm labu kuning (potong kecil)
2 cawan air
200 ml krim/susu (segar/sejat)
Garam dan lada hitam secukup rasa
1 sudu marjerin/sedikit minyak untuk menumis.

Cara penyediaan:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit marjerin hingga layu.
2. Kemudian masukkan kentang dan labu.
3. Masukkan air dan rebus sehingga empuk.
4. Matikan api dan biarkan ia sejuk.
5. Masukkan ke dalam pengisar dan tuangkan krim/susu. Kisar lumat.
6. Tuangkan dalam periuk dan panaskan semula. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan.

Kacang Panjang Udang


Bahan-bahan:
Kacang panjang/buncis
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Beberapa ekor udang dibuang kulit
Sedikit sos tiram
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan:
Bawang besar, bawang putih ditumbuk. Tumiskan kesemua bahan dan masukkan sos tiram. Kemudian masukkan udang. Setelah naik bau masukkan kacang panjang dan kacau. Sedia untuk dihidangkan.

Udang tempura


Bahan-bahan:
A. Udang ( ikutlah sebesar mana udang yang anda ada).buang kulit dan tinggalkan ekornya.

B. Tepung untuk menyalut udang seperti gambar.
Tepung (terpulang kepada anda untuk menggunakan tepung apa -tpg gandum,beras atau jagung.kt umah ada tpg grg ayam so i just guna tepung tu untuk menyalut udang.



C. Tepung tempura boleh didapati di mana-mana kedai)
1 biji telur
Air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng.

Cara penyediaan:
1. Bancuhkan semua bahan C.bancuh seperti membuat tepung untuk goreng pisang.
2. Celup udang dalam adunan tadi dan goreng dalam minyak yg betul-betul panas.
3. Goreng sehingga kekuningan.
4. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Shawarma Abu Dhabi




  1. Ari ni i nak tunjukkan satu lagi makanan arab.ni kat malaysia pn ada..shawarma namanya..harganya dalam 3/4dirham je.next post i akan tunjukkan cara2 untuk membuatnya ye..tunggu tau.. : )

Ayam Bakar Sempoi


Bahan-bahan:
1 ekor ayam
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit sos tiram
Sedikit cili serbuk
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan:

Perapkan ayam dengan serbuk kunyit,sos tiram,cili serbuk dan garam secukup rasa.perapkan selama 2-3 jam.kemudian,bakarlah dalam microwave sehingga masak.Sedia untuk dihidang.
* Makanlah bersama perahan lemon/limau dan ulam2an.

Sirap Buah-buahan

Bahan-bahan:


Sedikit buah tembikai
1 biji epal
1 biji oren
Sedikit sirap
Air gula secukupnya.

Cara penyediaan:

Kesemua buah-buahan dipotong dadu. Campurkan buah-buahan dalam sebuah jug/mangkuk.Tuangkan sirap dan air gula secukup rasa.Sejukkan,sedia untuk diminum.

Jus Tembikai Bersusu



Bahan-bahan:
Tembikai (dibuang kulit dan biji - potong kecil2)
Gula secukup rasa
Sedikit air
Ais krim vanilla
Susu segar/susu cair
Sedikit ketulan ais.
Cara penyediaan:
1. Kisar tembikai bersama sedikit air dan gula.kemudian masukkan sedikit ais krim vanilla dan dikisar sekejap saja.
2. Masukkan ke dalam gelas,kemudian masukkan susu segar/susu cair dan ketulan ais mengikut kesukaan anda.kalau ingin lebih sedap lagi masukkan ais krim vanilla.sedia untuk dinikmati.

Cream Caramel


Bahan-Bahan:

Bahan untuk puding:
6 biji telur
1 tin susu sejat
1 tin air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla.

Bahan untuk sos:
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air.
Cara penyediaan:
Sos (Caramel):
Panaskan gula dengan sedikit air di dalam loyang hingga gula cair dan bertukar warna kuning keemasan.


Penyediaan puding:
Pukul telur sehingga kembang. Setelah itu masukkan gula. Kemudian masukkan susu sejat dan air.Masukan adunan ke dalam loyang sos(caramel) dan kukuslah selama 25 minit.Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk. Bila dah betul-betul sejuk, baru keluarkan dari acuan.
...Sedia utk dihidangkan..

* Semasa mengukus, ikat tutup kukus dgn kain supaya wap tidak masuk ke dlm puding.