Tilapia Salai Masak Yoghurt

Ni ikan talapia hitam yg dibeli di carrefour kt Abu Dhabi ni..dah selalu sangat buat goreng je, kali ni saya cuba salai/bakar atas arang dan kemudian masak lemak. Tapi saya tak menggunakan santan, saya telah menukarkan kepada yoghurt..jadilah talapia salai masak yoghurt..

Bahan:
2 ekor ikan talapia ~ salai/bakar
1 cawan (atau secukupnya) youghurt
1 batang serai ~ diketuk
Sedikit air

Bahan kisar:
10 biji cili api
1 biji bawang besar
2 sm kunyit hidup
Garam dan gula

Cara penyediaan:
1. Masukkan semua bahan kecuali ikan ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan.
2. Bila nampak kuah nak mendidih masukkan ikan yang telah disalai dan rasakan masin dan masamnya .
3. Bila mendidih tutup api dan boleh hidangkan.
*Kuah tu agak2lah nak sebanyak mana ye..

1 ulasan:

  1. Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
    Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!

    BalasPadam