Ayam Panggang


Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ bersihkan
3 ulas bawang putih ~ cincang
1 sudu besar rosemary
1/2 sudu kecil ketumbar biji
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil rempah campuran
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar madu
1 sudu minyak zaitun

Cara penyediaan:
1. Lumurkan ayam dengan semua bahan dan perapkan sebentar.
2. Bakar di dalam oven dengan suhu 180'C selama 1 jam atau sehingga masak.

Ayam di dalam oven ( ala-ala ayam pusing gitu)

8 ulasan:

  1. bestnye...sy nk sangat buat ayam macam nie tp xde oven yg sesuai...kalau ayam yg dipotong2 tp bahan perapan yg sama digunakan sedap x?

    BalasPadam
  2. Boleh bakar cara biasa je ayam. Belah ayam 2, kemudian perapkan dgn semua bahan. Pas tu bakar tapi selepas 30minit, pusingkan/terbalikkn ayam dan kuarkan lebihan air/kuah yg keluar supaya ayam menjadi garing..

    BalasPadam
  3. sedap nya ayam tu..
    patutlah bila saya bakar aam dlm oven..ia basah..rupanya airnya kena ditoskan..

    tkasih dgn tips tu..saya nk cuba buat lagi dgn cara centu..
    kat rumah ni mmg suka sngt dgn ayam bakar...kami mkn dgn nasi ayam...

    BalasPadam
  4. tumpang tanya..rempah campuran dlm resepi ni rempah apa ye?

    BalasPadam
  5. Rempah campuran yg dalam resepi tersebut seperti jintan manis, jintan putih, ketumbar, lada hitam, buah pelaga, serbuk cili dan kunyit yg disangai lalu dikisar halus menjadi serbuk. Kalau tidak pun cuba cari dikedai2 menjual rempah.

    BalasPadam
  6. Kasihan ayam tu kena sula... Ni Mesti dia buat maksiat ni...

    BalasPadam
  7. Saya ingin mencuba buatnya

    BalasPadam