
Bahan-bahan:
1 batang serai ~ dihiris
1 sudu makan selasih ~ direndam sehingga kembang
1 liter air
Sedikit pewarna hijau
Gula ~ sesedap rasa.
Cara penyediaan:
1. Masak air sehingga mendidih, kemudian masukkan serai dan rendam selama 2-3minit.
2. Perisakan dgn gula secukupnya.
3. Masukkan pula sedikit pewarna hijau dan selasih yg sudah dikembangkan tadi, kacau.
4. Boleh diminum semasa panas dan juga sejuk dgn ditambah ais.
kak,,sedap ke air serai?? xdpt lak nk byg kan...slalu minum air pandan je...
BalasPadamsaya dah cuba minum air serai macam ni....sedap. Dengar kata, air serai boleh legakan batuk.
BalasPadam