Patin Masak Tempoyak
Resepi masak tempoyak yg dipelajari dari arwah mak saya amat mudah dan ringkas. Tidak menggunakan bawang tapi hanya menggunakan cili api sahaja. Ikan patin memang terkenal di tempat saya, Temerloh..
Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin(angaran 1kg)
20 biji cili api (kalau nak pedas boleh ditambah lagi)
1 helai daun kunyit
3 batang serai(diketuk)
1 inci kunyit hidup atau sedikit kunyit serbuk
3 sudu besar atau secukupnya tempoyak
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara penyediaan:
1. Kisar cili api bersama kunyit hidup.
2. Masukkan air ke dalam periuk kemudian masukkan bahan kisar,serai dan tempoyak, biarkan sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan ikan patin, perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
4. Jika tidak masam, boleh ditambahkan lagi tempoyak.
sungguh berselera menengoknya, alala. sedapnya ikan patin.
BalasPadamTerima kasih for the resepi, saya dah try. Memang menjadi, ayah dgn suami saya kata sedap sangat!! Saya bukan org Pahang, saya memang tak pernah masak patin tempoyak ni. Bila menjadi, seronok sungguh. Mohon copy yer...
BalasPadamsimple tapi nampak menyelerakan...nak try this weekend...thanks for sharing...
BalasPadam