Pasta Cheese
Kali ni sy cuba pulak buat pasta bercheese. Anak2 kalau makanan yg lemak berkrim ni mmg favorite diaoglah. Resepinya sy ubahsuai mengikut citarasa sy sendiri..lepas mkn pasta cheese, kenalh pulak berdiet ye...
Bahan-bahan:
250 g pasta ( apa2 jenis ) ~ rebus hingga lembut dan toskan
200gm isi ayam ~ dihiris
2 labu bawang besar ~ potong dadu
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 kotak (250ml) krim
1 cawan susu segar
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil serbuk pati ayam (kalau suka)
1 cawan keju mozarella (patutnya sedap letak keju Parmesan, tapi tak de)
2 sudu besar minyak zaitun
Garam dan gula secukup rasa
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.
2. Masukkan hirisan ayam dan goreng sehingga masak.
3. Kemudian masukkan tepung gandum, kacau seketika dan masukkan susu.
4. Masukkan pasta dan krim, gaul rata.
5. Masukkan pula oregano dan serbuk lada hitam. Perisakan dengan serbuk pati ayam, garam dan sedikit gula.
6. Akhir sekali masukkan keju mozarella, gaul rata dan bolehlah di angkat.
Daging Goreng Cendawan Lada Hitam
400gm daging ~ dihiris nipis
10-15 kuntum cendawan hitam ~ direndam, kemudian hiriskan
3 ulas bawang merah ~ tumbuk
2 ulas bawang putih ~ tumbuk
1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk kasar
1 inci halia ~ dihiris
1 labu bawang besar ~ dihiris
2 biji cili hijau ~ dihiris
2 sudu besar sos tiram
2-3 sudu kicap pekat manis
1 sudu besar tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
Garam dan sedikit gula
Air
Minyak
Cara penyediaan:
1. Gaulkan lada hitam, sos tiram bersama daging dan perap sebentar.
2. Panaskan minyak dalam kuali , tumiskan bawang tumbuk dan halia sehingga garing.
3. Masukkan daging dan goreng sehingga kering airnya.
4. Masukkan kicap, cendawan dan air. Kacau rata dan biarkan mendidih.
5. Masukkan bawang besar, cili hijau, garam secukup rasa dan gula jika perlu (sbb dh letak kicap manis).
6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan kuahnya agak pekat dan bolehlah diangkat.
Sambal Kacang Panjang Ikan Bilis
10 batang/jalar kacang panjang ~ dipotong serong
1 mangkuk kecil ikan bilis
3 ulas bawang merah ~ ditumbuk
2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1/2 inci belacan ~ ditumbuk bersama bawang (tak nk letak pn boleh)
2 sudu besar cili kisar
1 labu bawang besar ~ dipotong bulat
Garam dan sedikit gula
Air
Minyak
Cara penyediaan:
1. Goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan toskan minyak.
2. Tumiskan bawang putih dan merah serta belacan sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan goreng sehingga garing.
3. Masukkan kacang pjg dan bawang besar, kacau rata.
4. Kemudian masukan sedikit air, garam dan gula secukup rasa.
5. Masak kacang sehingga lembut dan sebelum angkat masukkan ikan bilis. Kacau seketika dan bolehlah diangkat.
**Air blh digantikan dgn santan dan sambalnya pun jadi lebih sedap.
Ayam Goreng Berempah
Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ dipotong kecil
5 biji bawang merah ~ ditumbuk
4 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 inci halia ~ ditumbuk
3 sudu besar serbuk cili
2 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk jintan manis
3-4 sudu besar tepung jagung
1 sudu serbuk kunyit
1 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak
Cara penyediaan:
1. Satukan ayam dengan semua bahan hingga sebati.
2. Perap ayam selama 2-3 jam.
3. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
Nasi Lemak Kukus
Bahan-bahan:
5 cawan beras ( atau secukupnya )
Santan pekat ~ secukupnya
3 helai daun pandan
1 inci halia ~ dihiris
Garam secukup rasa
Sedikit gula ( secubit )
Cara penyediaan:
1. Basuh dan rendam beras selama lebih kurang 2-3 jam.
2. Didihkan air dalam pengukus. Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak(kelihatan kering).
3. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman itu sejuk.
4. Setelah itu kukus semula beras tadi lebih kurang 10 minit.
5. Keluarkan beras tadi dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan gula serta hirisan halia.
6. Biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk ke dalam beras.
7. Akhir sekali, kukus sekali lagi nasi bersama daun pandan hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik.
** Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak sekata.
Sambal Tumis Ikan Bilis
Bahan-bahan:
1 mangkuk ikan bilis
15-20 tangkai cili kering ~ dikisar ( jika nak pedas tambah lagi )
6 ulas bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
1-2 labu bawang besar ~ dihiris
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak untuk menumis
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan bilis sehingga garing, kemudian angkat dan toskan minyaknya.
2. Lebihan minyak tadi, gunakan utk menumis sambal.
3. Masukkan bawang kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing kemudian masukkan cili kisar.
4. Goreng cili dgn api yg perlahan sehingga pecah minyak dan cili betul2 masak/garing.
5. Kemudian masukkan sedikit air, air asam jawa, garam dan gula.
6. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan ikan bilis.
7. Biarkan sedikit kering, kemudian masukkan bawang besar.
8. Kacau sehingga bawang layu dan kuah jadi pekat bolehlah diangkat.
**Kalau suka blhlh letakkan sedikit belacan.
Bahan sampingan lain:
Ikan bilis goreng, kacang tanah(digoreng), telur rebus dan hirisan timun.
Gulai Lemak Kacang Ikan Masin
10 keping ikan masin talang (atau apa2 ikan yg disukai)
10-15 batang/urat kacang panjang
2 cawan santan pekat
10-15 biji cili api ~ dikisar
1 inci kunyit hidup ~ dikisar
3 biji bawang merah ~ dikisar
1 batang serai ~ diketuk
2 keping asam keping/gelugor
Garam dan gula
Cara penyediaan:
1. Cuci dan rendam ikan masin untuk beberapa minit dan toskan.
2. Dalam periuk, masukkan bahan yang telah di kisar tadi bersama-sama ikan masin, serai, asam gelugor dan santan.
3. Masak dgn api yg sederhana sehingga mendidih. Hendaklah sentiasa menimbuk/mengacau kuah supaya santan tidak pecah minyak.
4. Masukkan kacang panjang dan biarkan mendidih sekali lagi. Rasakan masin dan masamnya dan bolehlah diangkat.
Samosa Melayu
Bahan-bahan:
Kulit samosa/kulit popia ~ secukupnya
Minyak ~ untuk menggoreng
Inti:
2 cawan daging kisar
500g ubi kentang ~ potong dadu dan direbus sehingga empuk, toskan
2 biji bawang besar ~ potong dadu
2 ulas bawang putih ~ cincang
1-2 sudu besar rempah kari
1 tangkai daun kari (optional)
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air
Garam dan gula ~ secukupnya
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan rempah kari dan masak sehingga garing.
3. Masukkan daging dan biarkan sehingga daging masak.
4. Masukkan kentang, garam, sedikit gula dan air. Masakkan seketika sehingga air kering.
5. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk. Sejukkan dan sedia utk membuat samosa.
Cara membuat samosa:
1. Ambil sekeping kulit samosa, Kemudian lipatlah kulit supaya menjadi kelungsung 3 segi tepat.
2. Masukkan inti dan lipatlah utk menutup samosa.
3. Akhir sekali gamkan pada hujung kulitnya dgn 'gam tepung' (bancuhan tepung gandum+air). Buat sampai habis.
4. Goreng samosa tadi dalam minyak penuh dengan api sederhana panas.
** Kalau menggunakan kulit popia. Ambil sekeping kulit popiah, potong 2 atau 3 mengikut saiz yg dikehendaki. Cantumkan di antara satu dgn lain dgn ‘gam tepung’ supaya kulitnya pjg. Lepas tu lipatlah kulit supaya menjadi kelungsung 3 segi.
Bubur Campur
11/2 cawan jagung manis atau jagung tin
1 cawan kacang hijau ~ direbus sehingga kembang
1 cawan kacang merah besar ~ direbus sehingga kembang
2 biji keledek ~ rebus sehingga empuk
4 cawan atau secukupnya santan
Gula ~ secukup rasa
1 cawan dark brown sugar/gula merah
Sedikit garam
1 helai daun pandan
Cara penyediaan:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.
2. Masukkan santan, masak sehingga mendidih dan bolehlah dihidangkan.
3. Utk rasa yg lebih enak, masukkan bubur ke dlm mangkuk, kemudian letaklah sedikit santan pekat/pati santan yg telah dicampur dgn sedikit garam.
* Air yg saya gunakan utk merebus semua kacang dan keledek saya buang.
Nasi Goreng Kampung Arab
Bahan-bahan:
1 pinggan nasi
1 biji bawang besar ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ diketuk
2-3 biji cili api ~ diketuk
1 batang daun bawang ~ dihiris
Ikan bilis ~ secukupnya
1 biji telur
2 sudu sos tiram
2 sudu minyak masak
Stok ikan bilis ~ jika suka
Garam
Cara penyediaan:
1. Goreng ikan bilis sehingga garing dan diangkat.
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi.
3. Masukkan sos tiram, nasi, stok ikan bilis dan garam. Kemudian gaul rata.
4. Ketepikan sedikit nasi, pecahkan telur. Bila telur separuh masak gaulkan bersama nasi.
5. Akhir sekali masukkan daun bawang dan ikan bilis. Gaul rata dan tutupkan api.