Nasi Goreng Nugget

Bahan-bahan:

2 Mangkuk nasi
1 Labu bawang besar}dipotong dadu
3 Ulas bawang putih }diketuk
5-6 ketul nugget }digoreng dan dihiris
2 Biji telur
1 Sudu sos tiram
Sedikit lada sulah
Sedikit serbuk pati ayam
Sedikit daun bawang
Sedikit hirisan timun dan tomato
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis.

Cara penyediaan:
Panaskan minyak,tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga garing.kemudian masukkan sos tiram,lada sulah,serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.setelah itu masukkan nugget dan nasi.gaulkan sehingga rata.akhir sekali,ketepikan sedikit nasi dan pecahkan telur.setelah telur setengah masak,gaulkan dengan nasi.angkat dan hidangkan dengan daun bawang,hirisan timun dan tomato.
Posted by Picasa

Nasi Goreng Riyadh


Bahan-bahan:

2 mangkuk nasi
1 labu bawang besar }dihiris
3 ulas bawang putih }diketuk
4-5biji cili api }diketuk
6 ekor udang
Sedikut isi ayam
2 batang sawi
Sedikit kobis
Sedikit daun bawang
2 biji telur }untuk dibuat telur dadar
2 sudu sos tiram
sedikit serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis.

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.kemudian masukkan bawang besar dan cili api.
2. Masukkan isi ayam,udang dan sos tiram.biarkan seketika dan masukkan serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
3. Masukkan sayuran, nasi dan gaul sehingga rata.
4. Pecahkan telur dan campurkan dengan sedikit garam.goreng dan letak di atas pinggan.kemudian letakkan nasi yang telah siap digoreng di atas telur dadar tadi.taburkan dengan sedikit daun bawang.sedia untuk dihidang.
Posted by Picasa

Bawal Masam Manis

Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu cili kisar
2 sudu cili sos
1 biji bawang besar
1/2 biji lada benggala
1 biji tomato
Sedikit tepung jagung untuk menyalut ikan
Minyak untuk menggoreng
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa.

Cara penyediaan:
1. Bersihkan ikan,gaulkan dengan garam dan sedikit tepung jagung lalu digoreng.
2. Bawang merah,bawang putih dan halia dikisar.
3. Bawang besar,lada benggala dan tomato dipotong dadu.
4. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga wangi.kemudian masukkan cili dan digoreng sehingga garing.
5. Masukkan pula cili sos,garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan bawang besar,lada benggala,tomato dan sedikit air,biarkan seketika dan bolehlah tuangkan sos tersebut ke atas ikan yang telah digoreng tadi.sedia untuk dihidang.
Posted by Picasa

Spaghetti Pedas Riyadh


Bahan-bahan:

Spaghetti}direbus
2-3 ulas bawang putih}diketuk
1 biji bawang besar}dimayam
1 keping tauhu}digoreng dan dipotong
2 sudu cili kisar
1 sudu cili sos
1 sudu sos tiram
3-4 ekor udang
2-3 ekor sotong
Sedikit hirisan ayam Taugeh Lobak merah}dihiris Serbuk pati ayam
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa.

Cara penyediaan:
Panaskan minyak dan goreng bawang putih sehingga wangi,masukkan bawang besar dan cili kisar.goreng sehingga garing.kemudian masukkan cili sos dan sos tiram serta hirisan ayam,udang,sotong,sedikit air dan dimasak seketika.akhir sekali masukkan spaghetti dan juga tauhu.kacau seketika sebelum diangkat.sedia untuk dihidang.

*Taburkan dengan sedikit hirisan daun bawang dan daun sup semasa menghidang.

Posted by Picasa

Daging Hitam Manis

Bahan-bahan:

Daging
1 inci halia}dikisar
3 ulas bawang merah}dikisar
2 ulas bawang putih}dikisar
1 biji bawang besar}dimayam
1 sudu cili kisar
3 sudu kicap manis
2 sudu sos tiram
2 sudu cili sos
Sedikit air
Minyak
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan:
Goreng daging sehingga masak.tumiskan bahan kisar hingga wangi.kemudian masukkan cili dan digoreng sehingga garing.masukkan kicap manis,sos tiram,cili sos dan sedikit air.akhir sekali masukkan daging yang telah digoreng dan bawang besar.kacau seketika dan sedia untuk dihidang.
Posted by Picasa

Pedal Ayam Goreng Berlada

Bahan-bahan:

Pedal ayam }dipotong kecil
3 biji bawang merah}dikisar
2 ulas bawang putih}dikisar
1 biji bawang besar }dimayam
Sedikit halia
2 sudu cili kisar
1 sudu cili sos
Sedikit serbuk kunyit
Air
Minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa.

Cara penyediaan:
Pedal ayam tadi digaulkan dengan sebuk kunyit dan garam.kemudian gorengkan sehingga masak(jangan terlalu garing).tumiskan bahan kisar sehingga wangi.masukkan cili dan kacau hingga garing.masukkan cili sos,pedal ayam,bawang besar dan sedikit air.kacau seketika dan sedia untuk dihidang.
Posted by Picasa

Pengat Riyadh


Bahan-bahan:

5-6 biji pisang}buang kulit dan dipotong
1 biji epal}buang kulit dan dipotong
2-3 sudu kismis
1 tin krim(170gm) atau boleh digantikan dengan santan
Gula secukup rasa
Sedikit perasa pandan
Secubit garam
Air

Cara membuatnya:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.jika menggunakan krim,masakkan semua bahan dengan air terlebih dahulu.anggaran air atau santan mengikut sebanyak mana kuah yang dikehendaki.setelah mendidih,masukkan krim.kacau seketika dan diangkat.sedia untuk dihidang.
Posted by Picasa

Masak Lemak Sayur Fucuk(Tauhu Kering)

Bahan-bahan:

100 gm/5-6 keping fucuk(tauhu kering)- dipotong kecil dan direndam
50 gm soohoon}direndam
1 biji bawang besar}dimayam halus
2 batang serai
2 sudu udang kering}ditumbuk halus
Santan
Sedikit serbuk kunyit
Garam,gula dan serbuk perasa secukup rasa.

Cara menyediakan:

1. Bawang besar,serai,serbuk kunyit dan udang kering dimasak dengan santan di atas api yang sederhana.masukkan garam dan gula secukup rasa.
2. Kemudian masukkan fucuk dan soohoon.kacau sehingga mendidih dan kemudian diangkat.sedia untuk dihidang.
Posted by Picasa

Mee Hailam Riyadh

Bahan-bahan:

Spaghetti/mee kuning(kat sini mee kuningnya mahal,jadi ditukar kepada spaghetti)
2-3 ulas bawang putih}diketuk
Sedikit hirisan ayam dan daging
5-6 ekor udang
2-3 ekor sotong}dipotong
Sedikit lobak merah
Sawi
4-5 biji cili api}diketuk
4 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
Sedikit tepung jagung dicampur dengan air}untuk memekatkan kuah
2 kiub ayam
Daun bawang,daun sup dan bawang goreng}untuk hiasan
Air untuk kuah
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis.

Cara penyediaan:

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sehingga kekuningan.masukkan cili api,hirisan ayam dan daging dan kacau seketika.masukkan air,sos tiram,kicap dan kiub ayam.apabila mendidih masukkan udang dan sotong.setelah itu masukkan sayuran dan tepung jagung tadi.kacau seketika dan bolehlah dihidangkan.

Cara menghidang:
Spaghetti/mee kuning direbus dan letakkan ke dalam pinggan.kemudian curahkan saja kuah yang telah dimasak tadi ke atas spaghettil/mee tersebut.taburkan dengan hirisan daun sup,daun bawang,bawang goreng dan hirisan limau.
Posted by Picasa

Sambal Tumis Campur


Bahan-bahan:

1 mangkuk ikan bilis}digoreng
2 biji ubi kentang}dipotong dan digoreng
2-3 keping tauhu}digoreng dan dipotong
2 sudu cili kisar}kalau nak pedas boleh ditambah lagi
Sedikit kacang tanah}digoreng
2 biji bawang besar} 1 biji dikisar dan 1 biji dihiris
3 ulas bawang putih}dikisar Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng.

Cara menyediakan:
Tumiskan bahan kisar sehingga agak garing dan masukkan cili.goreng cili sehingga masak.masukkan sedikit air asam jawa dan bawang yang dihiris.setelah itu masukkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi dan gaul rata.masukkan garam dan gula secukup rasa.seda untuk dihidangkan.
Posted by Picasa

Nasi Ayam Riyadh

Bahan-bahan:

Untuk nasi:
Beras
Air rebusan ayam

Untuk ayam:
1 ekor ayam}dibelah 2
4 sudu kicap manis
2 sudu sos tiram
Garam secukup rasa.



Untuk sup:
5 ulas bawang merah/1 biji bawang besar}dikisar
3 ulas bawang putih}dikisar
1 inci halia}dikisar
2 kiub pati ayam
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Garam secukup rasa.

Untuk sos:
Sos 1:
5 biji cili merah}dikisar
3 biji bawang putih}dikisar
1 inci halia}dikisar
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa.

Cara 2:
1-2 sudu cili kering
3 biji bawang putih}dikisar
Cili sos secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikit air}untuk memekatkan sos.

Untuk sos kicap:
1 mangkuk sup ayam
4-5 sudu kicap manis
Garam secukup rasa
Sedikit tepung jagung dibancuh dengan sedikit air}untuk memekatkan sos.

Untuk ulam:
Daun salad
Timun
Tomato
Kobis.

Cara penyediaan:
1. Tumiskan bahan-bahan untuk membuat sup.setelah itu masukkan air.setelah air mendidih,masukkan kiub ayam dan ayam.tunggu ayam sehingga empuk.keluarkan ayam dan bahagikan air sup untuk 2 bahagian(untuk memasak nasi dan juga sup).
2. Untuk menggoreng ayam,gaulkan ayam tadi dengan kicap,sos tiram dan garam secukup rasa.goreng ayam tersebut dengan api yang sederhana.
3. Gunakan separuh dari air rebusan ayam tadi untuk memasak nasi.sukatan beras,terpulang kepada anda.
4. Untuk membuat sup,didihkan air rebusan tadi dan tambahkan garam secukup rasa.untuk menghidangkanya letakkan sedikit daun sup,daun bawang dan bawang goreng.
5. Untuk sos cili dan sos kicap,campurkan semua bahan dan masakkan sebentar sehingga sos agak pekat.
6. Hiriskan kesemua ulam-ulaman.sedia untuk dihidangkan.

Daun salad boleh juga digantikan dengan hirisan kobis seperti yang saya gunakan disini.
Posted by Picasa

Laksam

Bahan-bahan:

Untuk membuat laksam:

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4-5 cawan air
Sedikit garam
Loyang bulat atau tudung periuk}disapu sedikit dengan minyak supaya tidak melekat
Periuk untuk mengukus.

Cara penyediaan:
Bancuh tepung beras,tepung gandum,air dan garam sehingga sebati.Panaskan periuk kukus.Ambil satu senduk adunan dan masukkan ke dalam loyang/tudung periuk.Pastikan adunan tidak terlalu tebal.Kukus sehingga masak.Keluarkan dari loyang/tudung periuk dan digulung.Ulangi proses ini sehingga adunan habis.Setelah sejuk,bolehlah laksam tadi dipotong.

Untuk membuat kuah:


1 kg ikan kembung/tenggiri/sardin(selayang)
3 biji bawang besar
2 kiub pati ikan bilis
3-4 batang serai}diketuk
Sedikit lada hitam}mengikut kepedasan yang disukai
Asam keping}mengikut rasa masam yang disukai
Garam dan gula secukup rasa
Santan mengikut lemak yang disukai.

Cara penyediaan:
Rebus ikan dan asingkan isi dan tulang.kisar isi ikan sehingga lumat.tulang tadi dikisar dan ditapis airnya.bawang besar dan lada hitam juga dikisar.masak kesemua bahan diatas api yang sederhana sehingga mendidih.kuah perlu dikacau supaya tidak pecah minyak.jangan didihkan terlalu lama.

Untuk sambal:

Cili kering
Cili api
Belacan
Garam dan gula secukup rasa
Air.

Cara penyediaan:
Kisar semua bahan sehingga lumat dan dimasak sebentar semua bahan-bahan tersebut.

Bahan untuk ulam:

Taugeh
Kacang panjang
Kobis
Bunga kantan
Daun kesum
Bawang besar
Timun
Cili api/cili merah
Limau nipis.

Cara penyediaan:
Taugeh,kacang panjang,kobis,bunga kantan,daun kesum,bawang besar,timun dan cili api/merah dihiris halus.

Cadangan hidangan:
Hidangkan laksam tadi bersama kuah,ulam-ulaman,telur rebus dan sambal belacan.
Posted by Picasa

Apam Balik

Resepi ni diperolehi dari Puan Jeni,Riyadh..

Bahan-bahan:

2 cawan tepung naik sendiri } diayak
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 - 2 cawan susu segar (kalau nak guna air biasa pun boleh)
Sedikit garam.

Inti:

1 cawan kacang tanah yg telah digoreng tanpa minyak } dimesin - untuk ditabur
1 tin jagung krim - untuk ditabur
1 cawan gula - untuk ditabur
Sedikit mentega

Cara penyediaan:

1. Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, baking powder,susu segar,sedikit garam dan pewarna kuning. Pukul lagi hingga sebati.
2. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel.
3. Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan. Tutup pan sebentar.
4. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega.Bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua.Sapukan sedikit mentega di bahagian kulit luar.

** Untuk mendapatkan apam balik yg cantik,perapkan bancuhan tepung tadi selama 2-3 jam dan barulah dimasak.

Ketam Goreng Berempah


Bahan-bahan:


3-4 Ekor ketam}dibelah 2

1 Sudu cili serbuk

2 Sudu rempah kari

1 Cawan tepung beras

1 Biji telur

2 Ulas bawang putih}ditumbuk halus

Garam dan serbuk perasa

Minyak untuk menggoreng.


Cara penyediaan:


Gaulkan ketam bersama telur,bawang putih,garam dan serbuk perasa.tepung beras tadi dicampurkan bersama cili serbuk dan serbuk kari.kemudian gaulkan tepung tadi bersama ketam sehingga rata.goreng ketam ke dalam minyak yang panas sehingga masak.sedia untuk dihidang.

Laksa Asam Riyadh

Bahan-bahan:


Bahan laksa:

1 bungkus laksa kering }direndam semalaman dan direbus sehingga lembut.


Bahan untuk ulam:

1 Biji timun}dihiris
1 Biji bawang besar}dihiris
Sedikit daun salad}dihiris
Sedikit lada kecil atau cili merah}dihiris
Telur

Bahan untuk kuah:

1 kg ikan kembung
2 senduk cili kisar (kalau nak pedas boleh ditambah lagi)
1 atau2 inci belacan
3 biji bawang besar
Daun kesum
Bunga kantan
Asam keping
Garam dan serbuk perasa
Air.


Cara penyediaan:


1. Rebus ikan bersama asam keping dan sedikit garam.
2 Setelah masak,toskan ikan dan asingkan isi dan tulang.kemudian kisar isi ikan tersebut.tulang tadi jika suka boleh juga dikisar dan ditapis.
3. Bawang besar dan belacan dikisar.kemudian masakkan bawang,belacan,cili kisar dan asam keping.masak sehingga cili dan bawang betul-betul masak.selepas itu masukkan isi ikan dan air tulang yang telah dikisar tadi.setelah mendidih,masukkan daum kesum dan bunga kantan.tambahkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.sedia untuk dihidang.

Maggi Goreng (Fried Maggi)


Bahan-bahan:


1 Bungkus maggi

2 Ulas bawang kecil }ditumbuk

1 Ulas bawang putih}diketuk

1 Labu bawang besar}dihiris

2 Sudu cili kisar

1 Sudu cili sos

1 Sudu sos tiram

1 Tangkai sawi

Segengam taugeh

3 Ekor sotong

4 Ekor udang

Sedikit hirisan ayam

1 Biji telur

Sedikit daun bawang dan daun sup sebagai hiasan

Minyak

Air

Garam secukup rasa.


Cara penyediaan:


Panaskan air,setelah mendidih masukkan maggi dan rebus seketika.panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang kecil sehingga garing.masukkan cili kisar serta bawang besar dan biarkan sebentar.masukkan sos tiram,cili sos,hirisan ayam,sotong dan udang.kacau sehingga rata.masukkan perencah maggi dan sedikit air.selepas itu masukkan maggi dan sawi.ketepikan maggi,pecahkan telur dan biarkan separuh masak.gaulkan maggi tersebut dengan telur dan masukkan taugeh.kacau sebentar dan bolehlah diangkat.sedia untuk dihidangkan bersama daun bawang dan juga daun sup.