Gulai Lemak Nangka Muda Dengan Udang

Bahan-bahan:

500 g (beli di pasar/kedai yg dah siap disiang) ~ bersihkan, direbus sehingga empuk dan toskan airnya.
200 g udang(atau secukupnya)
1 biji bawang besar ~ ditumbuk**
10 biji cili api(boleh tambah)**
1 cm belacan (optional)**
**Ditumbuk/kisar
2 batang serai ~ diketuk
1 sudu kecil serbuk kunyit atau 1 inci kunyit hidup(ditumbuk/kisar)
1 keping asam keping/gelugur
600ml atau secukupnya santan
Garam dan gula secukup rasa.

Cara penyediaan:

1. Masukkan nangka muda yg telah direbus, bahan yg ditumbuk/kisar, serai, kunyit, asam gelugur dan santan ke dalam periuk. Kacau rata dan masaklah dgn menggunakan api yg sederhana. Kuah hendaklah dikacau selalu supaya tidak pecah minyak.
2. Apabila mendidih, masukkan udang, garam dan gula secukup secukup rasa.
3. Bila udang sudah masak bolehlah diangkat.

3 ulasan:

Ruziawati Bukhari berkata...

uuu.. sedapnya.. lawan dengan nasi panas dan sambal belacan.. cukup power lorrrr!!

applycreditcard berkata...

Salam,pandai u masak ye..apa kabar n slmt berkenalan.. i ni tgh mencari sesapa yg berminat nak cari site income utk keja yg sgt2 mudah. Jadi agen pinjaman peribadi/personal loan dgn bank islam atau pun alrajhi bank. Keja ni senang sgt, hanya Tanya sesapa yg nak mohon pinjaman bank. Pastu kalau ada yg nak mohon, u hulur borang. Tlg isikan borang tu . Komisennya pun sgt bagus tau.. ni no hp akak 019 745 0580 ataupun 013 7131691(kahar). Cal atau pun sms akak ye..kita jumpa atau pun akak pos kan borang.

Idahelmi berkata...

W'salam, maaf, saya tak mahu terlibat dalam mencari income sebegini, mungkin kak patut baca blog suami saya dulu artikel "Mengapa Saya Kata Perbankan Islam Haran" dan juga "Tiada Yang Percuma DiDunia Ini".

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.