Sambal Bendi

10 biji bendi ~ potong serong
1 biji bawang besar ~ ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih ~ditumbuk kasar
1 sudu makan @ secukupnya cili kisar
Segengam ikan bilis
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula ~ secukup rasa
Minyak

Cara penyediaan:
1. Goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan toskan minyak.
2. Tumiskan bawang putih dan besar sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan goreng sehingga garing.
3. Masukkan bendi, kacau rata.
4. Kemudian masukan sedikit air asam jawa ,garam dan gula secukup rasa.
5. Sebelum angkat masukkan ikan bilis. Kacau seketika dan bolehlah diangkat.

Sup Ayam Sempoi

Ni sup ayam sempoi bila tinggal dgn anak2 aje..bila ayahnya fly, ibunya senanglah masak pn yg ringkas2 jelah...

Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ buang kulit dan potong ikut suka
1 biji bawang besar ~ tumbuk
2 ulas bawang putih ~ di ketuk & dicincang
1 inci halia ~ di ketuk
1 batang lobak merah ~ sy potong memanjang
2 biji ubi kentang ~ potong 4
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit minyak utk menumis

Cara penyediaan:
1. Bersihkan ayam dan toskan. Panaskan periuk, tumis bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan bawang merah.
2. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut.
3. Kemudian masukkan air dan biarkan sup menggelegak.
4. Masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan garam secukup rasa.
Sedia dihidangkan.

Perut Air Asam

Bahan-bahan:
500 gm perut ~ rebus sehingga lembut dan hiris nipis kecil
8 biji cili api ~ kalau nak pedas tambah lagi
1 inci belacan ~ bakar sikit
1 biji tomato ~ potong dadu
1 biji bawang besar ~ hiris
Daun ketumbar ~ hiris (dlm resepi ni daun ketumbar tak letak, dah abis)
Air asam jawa ~ secukupnya
Garam dan gula ~ secukup rasa

Cara penyediaan:
1. Kisar halus cili padi, air asam jawa dan belacan hingga hancur. Kemudian masukkan gula dan garam.
2. Di dalam mangkuk, satukan perut yang telah direbus dan bahan kisar.
3. Selepas itu masukkan tomato dan bawang yang telah dihiris dan dadu tadi.
4. Gaul rata dan sedia dihidangkan.

Jemput-Jemput Sayur

Ni sebenarnya jemput2 sayur, tapi tepung yg menyalut sayur ni agak tebal nmpk mcm grg cempedak pn ada ye..aduh sebut pasal cempedak ni, rindunya nk menikmati cempedak grg..sabar, 2bln lebih je lagi utk cuti2 m'sia...bolehlh jln2 cari mkn hehehe..
Ceta semula ttg resepi ni, adunan utk tepung(batter) tu mcm nk buat grg pisang je tapi saya tambah tepung grg ayam bagi menambah kesedapannya..

Bahan-bahan:
Sayur-sayuran seperti karot, bunga kobis, kentang, bawang besar dan terung ~ potong ikut suka
Minyak

Bahan Tepung(batter)
1 1/2 cawan tepung goreng ayam
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk kari
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil air kapur
Garam
Air secukupnya

Cara penyediaan:
1. Bancuhkan bahan tepung (batter) sehingga rata dan biarkan sekejap. Pastikan jgn terlalu cair.
2. Panaskan minyak yg banyak.
3. Masukkan sayur-sayuran tadi dalam bahan batter dan jemputkan ke dalam kuali.
4. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
5. Makan panas-panas dan cicah dengan sos cili. Juga boleh dimakan bersama nasi.

Rendang Ayam Perantauan

Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ potong ikut suka
4-5 cawan santan
2 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1 inci lengkuas*
* dikisar halus
Rempah penumis 4 sekawan (3 kuntum bunga cengkih, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji pelaga& 1 btg kulit kayu manis)
3 batang serai ~ diketuk
4 sudu besar cili kisar
3-4 sudu besar kerisik
1 sudu kecil serbuk kunyit
1-2 keping asam keping/gelugur
Garam dan sedikit gula
Sedikit minyak untuk menumis


Cara penyedaiaan:
1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dan tumiskan rempah 4 sekawan sehingga harum.
2. Masukkan bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan pula cili kisar dan masak sehingga terbit minyak.
3. Masukkan serai, asam keping dan ayam. Masak sehingga ayam kecut.
4. Kemudian masukan santan, kerisik dan serbuk kunyit, kacau rata.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik minyak, pekat dan agak kering.
6. Jika mahu rendang basah, bolehlah matikan api dan jika suka kering, masak lagi hingga kering.

Cucur Badak Perantau

Bahan-bahan:
600gm keledek
1 1/2 - 2 cawan tepung gandum
Minyak utk menggoreng
Bahan inti:
1/2 biji kelapa parut
3 biji bawang merah**
2 ulas bawang putih**
2-3 sudu besar udang kering**
2cm kunyit hidup**
2 batang serai**
** dikisar
2 sudu besar cili kisar (kalau nk pedas tambah lagi)
Garam dan gula
Minyak
Cara penyediaan inti:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
2. Masukkan cili dan masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan kelapa parut, garam dan gula, gaul rata.
4. Kecilkan api dan masak sambil dikacau selalu hingga serunding berderai tetapi tidak kering. Angkat dan sejukkan.
Cara penyediaan kulit:
1. Kupas keledek, potong kecil2 dan rebus dengan 1 sudu teh garam hingga keledek empuk.
2. Toskan dan lenyek hingga lumat. Masukkan tepung gandum, gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.
3. Bentukkan bulat mengikut citarasa sendiri.
Cara penyediaan cucur badak:
1. Ambil doh yg telah dibulatkan tadi dan leperkan. Masukkan inti di tengahnya dan tutup kembali. Buat sehingga selesai.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur badak hingga kuning keemasan.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.