Begedil Kentang

Saya membuat penambahan dalam resepi begedil ni dengan menambah bawang putih dan bawang besar. Ada sedikit kelainan dari begedil kentang biasa.

Bahan-bahan:

500 gm kentang
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 /2 cawan bawang goreng
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 batang daun sup ~ di mayam halus
1 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng.

Cara penyediaan:

1. Buang kulit kentang, bersihkan dan hiris. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek kentang semasa masih panas sehingga hancur.
2. Bawang putih dan bawang merah dihiris kasar dan digoreng sehingga kekuningan. Kisar bawang sehingga hancur (guna pengisar kering).
3. Satukan kentang, bawang yg telah dikisar, bawang goreng, daun sup, garam secukup rasa. Gaul rata.
4. Ambil sedikit adunan, kepal-kepalkan menjadi bulat dan leperkan sedikit. Buat sehingga habis.
5. Pukul telur, kemudian celupkan adunan yg telah dileperkan tadi dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan minyak.

4 comments:

Chichi berkata...

lama dah nak cari resepi begedil yg sedap~ akhirnya jumpa jg.tQ kak :D

Yoa Ngadenin berkata...

baru pas buat begedil tp salah langkah. lain kali xmo pakai kentang rebus. x pandai agak. terlembik sudaaah

Tanpa Nama berkata...

hhuhuhuhu....sy pun same mcm yoa.g rebus so sgt lembek...sedey.tq for sharing pasni goreng jerlah....

Tanpa Nama berkata...

sya noh wooo hingga ke bulan..sedap larr kalau makan piknik kat bulan...supiah nie ske sngat...noh wooo

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2011. Blog Dikendalikan Oleh CREAHISTVT.