Memaparkan catatan dengan label Ulam/Salad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ulam/Salad. Papar semua catatan

Kerabu Taugeh Daging Salai/Panggang

Biasanya kita selalu mencampurkan kerang didalam kerabu taugeh. Disebabkan kerang tidak ada di Abu Dhabi(tidak pernah nampak pun dijual dipasaraya maupun pasar basah), daging salai dijadikan sebagai ganti..

Bahan-bahan:


400 g taugeh
100 g daging salai/panggang ~ hiris nipis2
1 biji tomato ~ dibuang biji dan dihiris memanjang
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 sudu besar udang kering ~ goreng tanpa minyak/sangai
3 biji cili api ~ dihiris
1/2 cawan kelapa ~ jadikan kerisik
2 sudu besar jus lemon/limau
Garam secukup rasa dan sedikit gula

Cara penyediaan:

1. Panaskan air didalam periuk. Apabila air mendidih, tutup api dan masukkan taugeh. Jangan biarkan lama, terus toskan.
2. Hiriskan daging, tomato, cili merah dan cili api. Tumbuk udang kering sehingga lumat.
3. Didalam bekas yang sesuai, masukkan taugeh, daging, bahan yg telah dihiris, kerisik, udang kering. Gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan air perahan lemon/limau atau air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Sedia dihidang.

Nasi Kerabu Di Abu Dhabi

Sejak duduk di Abu Dhabi ni sudah 2 kali saya membuat nasi kerabu. Pertama kali buat lupa nak goreng kerepuk dan buat sambal belacan. Kali yg ke dua ni pulak masih lupa lagi sambal belacan tapi rasanya ada kuah lemak dan serunding kelapa ikan tu pun sudah mencukupi..Satu lagi budu, tapi budu tu mmg tak bwklah ke sini.

Bahan untuk nasi:

4 cawan beras
5 cawan @ secukupnya air
2 helai daun limau purut
1-2 titik pewarna kuning
1 batang serai ~ diketuk
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

~ Cuci beras sehingga bersih. Masukkan semua bahan dan juga air dan masak seperti memasak nasi biasa.

Serunding Kelapa Ikan
Bahan-bahan:

1 ekor ikan kembung
1 cawan kelapa parut (saya guna kelapa kering)
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
1 biji bawang besar ~ dihiris halus
1 batang serai ~ dihiris halus
1 cm halia ~ dihiris halus
Sedikit serbuk lada hitam
Garam dan gula

Cara penyediaan:

1. Bersihkan ikan dan dibakar sehingga masak (kalau nak rebus ikan pun boleh, rebus dgn 1-2 keping asam keping, toskan) Kemudian asingkan tulang dan ditumbuk ssehingga halus.
2. Bahan2 yg dihiris halus digoreng tanpa minyak sehingga layu dan kering. Kemudian angkat dan ditumbuk halus.
3. Goreng pula kelapa sehingga perang (saya guna kelapa kering, ianya sudah halus. Tidak perlu lagi ditumbuk).
4. Campurkan semua bahan dan gaul sebati. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.

Kuah/Sambal Lemak:
Bahan-bahan:

1 sudu besar cili kisar (nak pedas blh tambah lagi)
2 ulas bawang putih**
1 biji bawang besar**
1 cm halia**
**Semua bahan dikisar/ditumbuk
2 batang serai ~ diketuk
1 keping asam keping/gelugur
1 sudu kecil belacan (kalau ada budu letaklah 2 sudu)
250ml santan
Garam dan gula
Minyak untuk menumis.

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar/tumbuk sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar, belacan dan masak sehingga cili betul2 masak.
2. Masukkan santan dan serai, kacau dan tunggu sehingga pecah minyak.
3. Masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa, masak lagi hingga sepekat mana kuah yg dikehendaki.

Bahan Ulam:

~ Kacang panjang, kobis, timun, bunga kantan, daun kesum, taugeh atau ulam2an lain yg sesuai.
~ Makan bersama lauk seperti telur masin, ikan/ ayam celup tepung, kerepuk ikan dan lain-lain lagi.

Serunding kelapa ikan ..

Kuah lemak..

Ulam-ulaman..

Nasi kerabu pertama kali buat, lauk ikan goreng tepung..

Sos Nasi Mandhi/Kabsa Dan Ulam "Jarjeer"

Ini sos yang biasa dimakan bersama nasi mandhi, kabsa dan briyani di sini. Tidak ada sayuran, cuma ulam "jarjeer", hirisan timun, tomato, lettuce dan bawang besar sahaja. Bahan-bahan untuk sos adalah cili besar hijau/cili api, tomato, batang ketumbar dan perahan lemon.


Inilah ulam kegemaran orang2 Arab..JARJEER..Tapi sekarang telah menjadi kegemaran kami sekeluarga.



Fatoush

Bahan-bahan:
6 helai lattuce( kalau tak de gunalah daun salad biasa) ~ dihiris
1 biji tomato ~ dibuang biji dan didadu
1 biji timun ~ didadu
1 biji bawang besar putih~ dihiris
1 keping roti arab ~ dipotong 4segi& digoreng atau panggang

Untuk sos:
3 sudu minyak zaitun
1 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
3 sudu jus lemon ~ nk masam blh ditambah lagi
Garam, gula dan serbuk lada hitam ~ secukup rasa.

Cara penyediaan:
Letakkan semua bahan-bahan salad ke dalam mangkuk dan gaulkan sos salad hingga rata. Seeloknya sos digaulkan bersama salad ketika hendak makan.

Tabouleh - Salad Arab

Ni salad dari timur tengah, menggunakan sedikit ramuan seperti kus-kus, kat sini dipanggil Burghul..

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan air mendidih
1 cawan Burghul
2 sudu besar minyak zaitun
1 1/2 cawan tomato ~ didadu
1 cawan timun ~ didadu
2 cawan lettuce ~ dihiris
1-2 cawan parsley ~ dihiris
1/4 sudu besar serbuk bawang putih
Garam secukup rasa
Perahan lemon ~ secukup rasa

Cara penyediaan:
1. Masukkan Burghul ke dalam periuk dan letakkan air panas dan didihkan selama 2 minit.
2. Tutup api dan biarkan Burghal didalam periuk selama 5 hingga 10 minit sehingga ianya kembang dan lembut.
3. Masukkan kesemua bahan-bahan sayur ke dalam mangkuk besar dan gaul rata.
4. Satukan lemon juice, garam, minyak zaitun, serbuk bawang putih dan kacau rata.
5. Gaulkan Burghul bersama salad dan letaklah sos salad, gaul rata.



Sedia dihidang..

Salad Mee Hoon

Kali ini saya cuba membuat resepi mee hoon salad..selalunya mee hoon ni kita akan buat mee hoon goreng atau buat mee hoon sup..sesekali tukarlah pulak selera..
Bahan-bahan:
200gm mee hoon ~ rendam dan direbus, toskan
1 keping salmon ~ dibakar dan dipecah2kan isinya ( kalau tak ada salmon, boleh digantikan dgn ayam/daging
1 batang karot ~ dipotong memanjang
1 biji timun ~ dipotong memanjang
6 helai lattuce ~ dihiris
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 biji tomato ~ dibuang biji dan dihiris

Bahan sos:
3-4 sudu minyak zaitun
4 biji cili api ~ dihiris
1 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
3 sudu jus lemon ~ nk masam blh ditambah lagi
Garam, gula dan serbuk lada hitam ~ secukup rasa
Cara penyediaan:
1. Masukkan mee hoon, salmon dan bahan-bahan salad ke dalam mangkuk.
2. Letaklah sos salad dan digaulkan rata.
Sedia untuk dihidang..

Salmon Salad

Resepi salad ni saya pernah buat sebelum ni tapi saya buat salad ayam..kali ni saya nak tunjukkan salad salmon pulak..bahan2nya lebih kurang sama je..

Bahan-bahan:
Salmon yg telah dipanggang ~ di hancurkan sedikit isinya
6 helai lattuce( kalau tak de gunalah daun salad) ~ dihiris
1 biji tomato ~ dibuang biji dan dihiris ikut sukalah
1 batang lobak merah ~ dihiris
1 biji bawang besar ~ dihiris
Untuk sos:
3 sudu minyak zaitun
1 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
3 sudu jus lemon ~ nk masam blh ditambah lagi
Garam, gula dan serbuk lada hitam ~ secukup rasa.
Cara penyediaan:
Letakkan semua bahan-bahan salad dan salmon ke dalam mangkuk. Seeloknya sos digaulkan bersama salad ketika hendak makan.

Chicken Salad


I like this for lunch,  It's a good way to get my kids to love eat vegetables... not only for lunch, anytime during a day as hunger strike, replacing the junk food....

Ingredients:
2 whole large boneless chicken breasts ~ bake or grill & diced
Lettuce leaves ~ rinsed, dried and torn into bite size pieces
1 tomato ~ seeded and diced
1 carrot ~ thinly sliced
1 onion ~ thinly sliced
Dressing:
3 tbsp olive oil
2 teaspoons sugar
1 clove garlic, minced
3 tbsp lemon juice
Salt and pepper (to your own taste)
Preparation:
Add all ingredients to a large bowl. Put dressing on salad immediately before serving...

Fruits Salad

This is just simple recipe .. but yummy.... it's very easy to make ..try it..

Ingredients:
1 apple ~ peeled, cored and sliced
1-2 sliced watermelon ~ seeded and cut into 1 1/2 inch chunks
1 orange ~ peeled and sliced
2 cups plain yogurt
Sugar to taste.
Preparation:
In a large salad bowl, combine fruits. Add yogurt and sugar, mix gently but throughly.
Refrigerate to chill just until slightly thickened. Ready to serve..

Cara Membuat Tempoyak


Apa yg kita perlukan untuk membuat tempoyak....
Durian ~ asingkan isinya..
Garam dan gula secukup rasa.
Cara penyediaan:
Gaulkan isi durian dengan garam dan gula secukup rasa.kemudian letakkan di dalam tapis dan biarkan semalaman.ini bertujuan untuk membuang air yang ada di dalam durian tersebut.kemudian bolehlah disimpan durian tersebut di dalam bekas untuk dijadikan tempoyak.simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama..
Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.