Nasi Ayam Hainan

Hari ni msk nasi ayam lagi. Dah selalu sangat buat nasi ayam yg ayamnya digoreng je. Kali ni tukarlah selera pulak..cuba buat resepi nasi ayam hainan..

Bahan-bahan:

Bahan untuk rebus ayam:
1 ekor ayam
Air ~ mesti cukup untuk tenggelamkan ayam
Garam
Serbuk pati ayam ~ kalau suka
2 inci halia ~ diketuk

Cara penyediaan:
Sediakan periuk, letak air, garam, dan halia yang diketuk. Didihkan.Masukkan ayam . Masak anggaran 30- 40 minit. Angkat dan toskan.

*
~ Cucuk peha ayam untuk tahu jika sudah masak. Ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut dagingnya tidak sedap jadi, pandai2 untuk agak. Jika tidak berdarah,bolehlah angkat ayam dan toskan airnya. Biarkan ayam betul-betul sejuk baru dipotong kalau tidak takut dagingnya hancur.
~ Resepi asal, ayam yg telah direbus perlu direndam di dalam air ais selama lebih kurang 10-15 minit. tetapi saya tidak merendam ayam tersebut.

Untuk nasi:
3 cawan beras
5 cawan air rebusan ayam - jika beras lembut kurangkan airnya bergantung kpd jenis beras yg digunakan
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
Garam
1 sudu besar majerin
1 sudu besar minyak masak

Cara penyediaan:
1. Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
2. Panaskan majerin dan minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi.
3. Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam dan garam.
4. Tanak hingga masak.

*Resepi yg sebenarnya menggunakan lemak/kulit ayam tapi saya tidak menggunakannya.

Untuk sup:
Air rebusan ayam
Daun sup ~ dihiris

Cara penyediaan:
~ Air rebusan ayam tadi dididihkan. Letaklah garam secukup rasa. Hidangkan bersama hirisan daun sup.

Untuk sos cili:
10 biji cili merah
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
Garam
2 sudu besar jus limau nipis
1/2 botol sos thai

Cara penyediaan:
1. Kisar cili merah, halia. bawang putih dan jus limau.
2. Masakkan dalam periuk. Masukkan gula, garam dan sos thai.

Untuk sos kicap:
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
5 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar gula

Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan dan masak di atas dapur sehingga mendidih.

Bahan sampingan:
1 batang timun ~ dihiris
2 biji buah tomato ~ dihiris
Salad ~ dihiris
Bawang goreng ~ ditabur di atas nasi dan di dalam sup
Minyak bijan ~ taburkan ke atas ayam yg telah dipotong.

17 ulasan:

SmartMove berkata...

Nampak menyelerakan.. saya patut ubah dari ayam goreng kepada ayam rebus ni..
http://www.resepi-lelaki.blogspot.com

hani berkata...

Assalamualaikum.. salam kenalan dari saya(kak hani)

Nasi Ayam Hainan .. sungguh meyelerakan.. yummy

Tanpa Nama berkata...

Salam....mmmm...saya dah try. memang sedap!

Fiza Nordin berkata...

nampak sangat menyelerakan... harus saya cuba ni... selalu buat nasi ayam yg jenis ayamnye diperap dan digoreng...

maizatul berkata...

mcm bess..nk cuba

Al Ikhlas berkata...

nak try la... asyik goreng jer ayam tu... ni nak rebus lak.. mcm best ni.

kak emi berkata...

Saya pun nak cuba untuk party besday anak saya bulan depan..thanks sbb kongsi resepi ni!

maizatul berkata...

memang sedap.. ringkas dan senang... kalau banding nasi ayam yg goreng..ini lagi sedap dan kurang minyak...

baby lydia berkata...

salam sayang n dya follower akk sini ya..menarik resepi ayam hainan akk tue..dya copy ya..nk try ptg ni..

Tanpa Nama berkata...

cam sedap je kn.nant nk cbe la

intanpermata berkata...

tak sabar nak cuba

Tanpa Nama berkata...

Mmg sdap dh cuba buat,rmi yg mintak resepi..;)

Tanpa Nama berkata...

Izin guna resepinya ye.....

Fadila Imron berkata...

Salam...
Semalam saya dan suami sudah mencuba resepi nasi ayam hainan ni.Alhamdulillah hasilnya menjadi. Terima Kasih kerana berkongsi resepi ini. ��

Tanpa Nama berkata...

salam...memang sedap nasi ayam hainan..saya selalu buat bersama suami kalau ada masa terluang..

aliah berkata...

salam... tq share resepi... saya ambil resepi untuk sos cili... sedap... tq

nur berkata...

Salam. kak..tgk sedap sangat,tq sbb share..mohon copy resepi ni..

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.