Rendang Ayam Perantauan

Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ potong ikut suka
4-5 cawan santan
2 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1 inci lengkuas*
* dikisar halus
Rempah penumis 4 sekawan (3 kuntum bunga cengkih, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji pelaga& 1 btg kulit kayu manis)
3 batang serai ~ diketuk
4 sudu besar cili kisar
3-4 sudu besar kerisik
1 sudu kecil serbuk kunyit
1-2 keping asam keping/gelugur
Garam dan sedikit gula
Sedikit minyak untuk menumis


Cara penyedaiaan:
1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dan tumiskan rempah 4 sekawan sehingga harum.
2. Masukkan bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan pula cili kisar dan masak sehingga terbit minyak.
3. Masukkan serai, asam keping dan ayam. Masak sehingga ayam kecut.
4. Kemudian masukan santan, kerisik dan serbuk kunyit, kacau rata.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik minyak, pekat dan agak kering.
6. Jika mahu rendang basah, bolehlah matikan api dan jika suka kering, masak lagi hingga kering.

4 ulasan:

wawa(ummiumaira) berkata...

salam kak raidah...uiii beh rendang nih...mmg mgancam nih...

shera berkata...

Salam akak..thanks for posting these recipes..sgt membantu adik2 yg bru nk blaja...hihihi.. :D

yumna berkata...

kak rai.. nak buat rendang pedas mcm mana? akak tau tak?

Idahelmi berkata...

salam yumna, kalo akak senang je nk buat rendang pedas, lebihkan cili kering dan tambah cili api..

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.