Sambal Bendi

10 biji bendi ~ potong serong
1 biji bawang besar ~ ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih ~ditumbuk kasar
1 sudu makan @ secukupnya cili kisar
Segengam ikan bilis
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula ~ secukup rasa
Minyak

Cara penyediaan:
1. Goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan toskan minyak.
2. Tumiskan bawang putih dan besar sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan goreng sehingga garing.
3. Masukkan bendi, kacau rata.
4. Kemudian masukan sedikit air asam jawa ,garam dan gula secukup rasa.
5. Sebelum angkat masukkan ikan bilis. Kacau seketika dan bolehlah diangkat.

3 ulasan:

Siti @ nurie berkata...

berlndir tak kak?..sbb bila siti mask bendi ni, mesti cm ader lndir2...

Idahelmi berkata...

Berlendir jugak siti..akak potong bendi ni bila dh nk masuk bendi tu ke dlm kuali, kurang sikit lendirnya..jgn potong awal..

cik iz berkata...

x gune cili ke????

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.