Ayam Bakar Sempoi


Bahan-bahan:
1 ekor ayam
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit sos tiram
Sedikit cili serbuk
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan:

Perapkan ayam dengan serbuk kunyit,sos tiram,cili serbuk dan garam secukup rasa.perapkan selama 2-3 jam.kemudian,bakarlah dalam microwave sehingga masak.Sedia untuk dihidang.
* Makanlah bersama perahan lemon/limau dan ulam2an.

Sirap Buah-buahan

Bahan-bahan:


Sedikit buah tembikai
1 biji epal
1 biji oren
Sedikit sirap
Air gula secukupnya.

Cara penyediaan:

Kesemua buah-buahan dipotong dadu. Campurkan buah-buahan dalam sebuah jug/mangkuk.Tuangkan sirap dan air gula secukup rasa.Sejukkan,sedia untuk diminum.

Jus Tembikai Bersusu



Bahan-bahan:
Tembikai (dibuang kulit dan biji - potong kecil2)
Gula secukup rasa
Sedikit air
Ais krim vanilla
Susu segar/susu cair
Sedikit ketulan ais.
Cara penyediaan:
1. Kisar tembikai bersama sedikit air dan gula.kemudian masukkan sedikit ais krim vanilla dan dikisar sekejap saja.
2. Masukkan ke dalam gelas,kemudian masukkan susu segar/susu cair dan ketulan ais mengikut kesukaan anda.kalau ingin lebih sedap lagi masukkan ais krim vanilla.sedia untuk dinikmati.

Cream Caramel


Bahan-Bahan:

Bahan untuk puding:
6 biji telur
1 tin susu sejat
1 tin air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla.

Bahan untuk sos:
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air.
Cara penyediaan:
Sos (Caramel):
Panaskan gula dengan sedikit air di dalam loyang hingga gula cair dan bertukar warna kuning keemasan.


Penyediaan puding:
Pukul telur sehingga kembang. Setelah itu masukkan gula. Kemudian masukkan susu sejat dan air.Masukan adunan ke dalam loyang sos(caramel) dan kukuslah selama 25 minit.Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk. Bila dah betul-betul sejuk, baru keluarkan dari acuan.
...Sedia utk dihidangkan..

* Semasa mengukus, ikat tutup kukus dgn kain supaya wap tidak masuk ke dlm puding.

Char Kuew Teow Special


Bahan-bahan

1 bungkus kuew teow
4 ulas bawang putih di ketuk
1 biji bawang besar di tumbuk kasar
2 sudu cili boh (kalau nak pedas boleh ditambah lagi)
Sedikit udang,kerang dan hirisan ayam (letaklah apa2 yang disukai)
Daun kuchai
Tauge
Tauhu basah ( digoreng dan dihiris)
2 biji telur
Sedikit sos tiram dan kicap manis
Garam secukup rasa
Sedikit air
Sedikit daun bawang,sup dan bawang goreng untuk hiasan
Minyak untuk menumis.


Cara penyediaan:

1. Panas minyak, masukkan bawang putih hingga berbau wangi dan masukkan bawang besar.
2. Masukkan cili boh dan tumis.
3. Masukkan pula isi ayam,udang dan kerang.
4. Masukkan sos tiram,kemudian masukkan sedikit air.
5. Apabila mendidih masukkan kuew teow dan masukkan kicap,gaul hingga rata
6. Masukkan telur,kemudian masukkan tauge dan daun kucai.kacau dan angkat dan taburkan dengan sedikit daun bawang,sup,bawang goreng dan tauhu, sedia untuk di hidang.

Cadangan Hidangan:
Sedap di makan bersama cili jeruk atau kicap pedas.
Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.