Cream Caramel


Bahan-Bahan:

Bahan untuk puding:
6 biji telur
1 tin susu sejat
1 tin air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla.

Bahan untuk sos:
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air.
Cara penyediaan:
Sos (Caramel):
Panaskan gula dengan sedikit air di dalam loyang hingga gula cair dan bertukar warna kuning keemasan.


Penyediaan puding:
Pukul telur sehingga kembang. Setelah itu masukkan gula. Kemudian masukkan susu sejat dan air.Masukan adunan ke dalam loyang sos(caramel) dan kukuslah selama 25 minit.Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk. Bila dah betul-betul sejuk, baru keluarkan dari acuan.
...Sedia utk dihidangkan..

* Semasa mengukus, ikat tutup kukus dgn kain supaya wap tidak masuk ke dlm puding.

8 ulasan:

medeena xoxo berkata...

kak..nk tnyer.hehe
yg untk penyediaan puding tu kan..gula dia brp sukatan?hehe.saya x penah try buat so xtau cmner nk agak2.ehhehe

raidah berkata...

Salam medeena..

Utk puding tu, letak setengah cwn gula..utk sos pn setgh cwn gula juga..

Achmed berkata...

Salam puan raidah..

kenapa sayan wat sos keramel xjadi kekuningan?

air kena byk ka????

Idahelmi berkata...

Salam Achmed,
Sos caramel tu tak jadi kuning ye, masak gula tu sehingga perang tapi jangan sampai hangus, nanti pahit pula. Mungkin Achmed masak gula tu tak sampai perang agaknya..

nurhafizan + azhar berkata...

sy nak tny ms kukus tu sekali dengan sos nyer ke @ adunan puding sahaja?

Idahelmi berkata...

Salam nurhafizan..

Sos tu kukus sekali dgn puding.

hardcandy berkata...

salam aunty raidah..
sy nk tnye..
ibu sy try buat caramel..
tp x jd..
bkn laa resepi aunty..
ibu sy amek dari magazine..
gne 8 biji telur,200g gula pasir,1L susu.
caramel tu jd trlalu lembik n pecah..
de slh kat mn2 kew??
maklum balas dari aunty amat sy hargai..thanx.. :)

Tanpa Nama berkata...

salam aunty..
nak tye.. mmg kne panaskan gula t dalam loyang k?kalau kita panaskan gune kuali bole x?

-aisyah-

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.