Memaparkan catatan dengan label Berkuah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berkuah. Papar semua catatan

Kari Ayam Resepiraidah

Bahan-bahan:

1 ekor ayam ~ potong kecil, basuh dgn asam garam @ dgn tepung gandum dan toskan
2 biji ubi kentang ~ belah 4
2 biji lobak merah ~ potong panjang dan dibelah 2
3 biji cili besar hijau @ merah ~ biar sebiji2
30 g rempah kari ayam/daging ~ bancuh dgn air utk jadikan pes
2 sudu besar cili kisar( jika ingin tambah pedas tapi saya tidak tambah cili)
1 biji bawang besar**
3 ulas bawang putih**
1/2 inci halia**
**ditumbuk/kisar halus
Santan kelapa secukupnya
2 keping asam keping/gelugur ataupun asam jawa secukupnya(ikut citarasa)
Garam dan gula
Air
Minyak untuk menumis.
Bahan tumis:
Rempah 4 sekawan ~ 1 btg kulit kayu manis, 5 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga & 2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar ~ belah 2 & hiris halus
3 biji bawang putih ~ belah 2 & hiris halus
1/2 inci halia ~ hiris halus mcm batang mancis
1 tangkai daun kari.

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumiskan rempah 4 sekawan serta bahan tumis lain sehingga garing. Angkatkan semua bahan tumis tersebut dan ketepikan dahulu.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumiskan pula bahan tumbuk/kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan pes kari. Masak sehingga betul-betul masak atau sehingga terbit minyak. Tambah air jika perlu supaya rempah kari tidak hangit/hangus.
4. Masukkan pula ayam dan ubi kentang, gaul rata dan biarkan selama 10 minit atau sehingga ayam kecut.
5. Kemudian masukkan santan(sebyk mana kuih yg diinginkan), lobak, cili besar, asam keping/asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga ayam lembut.
6. Apabila ayam sudah masak, masukkan bahan tumis yang telah siap digoreng tadi dan gaul rata. Biarkan 2 ke 3 minit dan matikan api dan bolehlah dihidangkan.

Tomyam Udang Bersantan

Bahan-bahan:

250g udang
4 biji cili padi ~ diketuk
100 cendawan butang ~ dibelah 2
1 biji tomato ~ dibelah 4
2 cawan santan atau secukupnya
1 batang serai ~ diketuk
1 inci lengkuas ~ dihiris
1 biji lemon ~ ambil jusnya
3 sudu besar sos ikan (Nampla)
4 helai daun limau purut
Garam dan gula.

Cara penyediaan:

1. Masukkan santan, lengkuas, serai dan daun limau purut ke dalam periuk.
2. Gunakan api yang sederhana dan masak sehingga kuah mendidih. Kuah hendaklah sentiasa dikacau untuk menggelakkan pecah minyak.
3. Masukkan udang, cendawan, tomato dan sos ikan, perasakan dgn garam(kalau tak masin) dan sedikit gula.
4. Akhir sekali masukkan jus lemon dan cili, matikan api. Kalau tidak masam, bolehlah ditambah lagi jus lemon mengikut citarasa.

Ayam Salai Masak Yoghurt Resepi Raidah

Kalau di Malaysia, santan merupakan bahan utama dlm masakan..Tapi di negara arab ni yoghurt menjadi satu kemestian..Di pasaraya2 yoghurt dijual dlm saiz kecil hinggalah saiz sebesar 4kg. Saya biasanya menggunakan yoghurt bagi menggantikan santan. Jumlah yoghurt yg digunakan, bergantung kepada rasa masam masakan yg dimasak..

Bahan-bahan untuk ayam salai:

1 ekor ayam ~ belah 2
1 sudu kecil serbuk halia(ginger powder)
1 sudu kecil serbuk bawang putih(garlic powder)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan:

1. Gaul rata semua bahan dengan ayam.
2. Letak ayam dalam dulang pembakar/bekas yg sesuai, balutkan ayam dgn aluminium foil dan bakar di dalam oven dgn suhu 250'C selama 1jam.
3. Selepas 45minit, buka foil dan keluarkan air ayam. Masak semula ayam selama 15minit atau ayam agak garing.
4. Bila ayam dah sejuk, bolehlah potong ayam mengikut sebesar mana saiz yg diingini.
**Air ayam yg dikeluarkan tadi akan dimasukkan ke dlm ayam yg nak dimsk gulai.

Bahan-bahan ayam salai masak yoghurt:

1 ekor ayam salai ~ potong ikut saiz yg diingini
1 ulas bawang putih**
1 biji bawang besar**
15 biji cili(atau lebih jika ingin pedas)**
**dikisar/tumbuk(saya biasa kisar yoghurt bersama bawang dan cili)
1 biji tomato ~ belah 4
2 cawan @ secukupnya yogurt
2 batang serai ~ titik
Sedikit kunyit serbuk
Jus/air dari ayam yg telah dipanggang
Garam dan gula secukup rasa.

Cara penyediaan:

1. Masukkan ayam, bahan yg telah dikisar/tumbuk, serbuk kunyit, serai dan air/jus ayam ke dalam periuk.
2. Masak dan kacau kuah sehingga mendidih. Gunakan api perlahan.
3. Masukkan tomato, tambahkan garam dan gula secukup rasa. Bolehlah diangkat.

Sup Ayam Sempoi

Ni sup ayam sempoi bila tinggal dgn anak2 aje..bila ayahnya fly, ibunya senanglah masak pn yg ringkas2 jelah...

Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ buang kulit dan potong ikut suka
1 biji bawang besar ~ tumbuk
2 ulas bawang putih ~ di ketuk & dicincang
1 inci halia ~ di ketuk
1 batang lobak merah ~ sy potong memanjang
2 biji ubi kentang ~ potong 4
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit minyak utk menumis

Cara penyediaan:
1. Bersihkan ayam dan toskan. Panaskan periuk, tumis bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan bawang merah.
2. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut.
3. Kemudian masukkan air dan biarkan sup menggelegak.
4. Masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan garam secukup rasa.
Sedia dihidangkan.

Gulai Lemak Kacang Ikan Masin

Bahan-bahan:

10 keping ikan masin talang (atau apa2 ikan yg disukai)
10-15 batang/urat kacang panjang
2 cawan santan pekat
10-15 biji cili api ~ dikisar
1 inci kunyit hidup ~ dikisar
3 biji bawang merah ~ dikisar
1 batang serai ~ diketuk
2 keping asam keping/gelugor
Garam dan gula


Cara penyediaan:
1. Cuci dan rendam ikan masin untuk beberapa minit dan toskan.
2. Dalam periuk, masukkan bahan yang telah di kisar tadi bersama-sama ikan masin, serai, asam gelugor dan santan.
3. Masak dgn api yg sederhana sehingga mendidih. Hendaklah sentiasa menimbuk/mengacau kuah supaya santan tidak pecah minyak.
4. Masukkan kacang panjang dan biarkan mendidih sekali lagi. Rasakan masin dan masamnya dan bolehlah diangkat.

Udang Lemak Labu

Bahan-bahan:
500 gram labu
Udang basah secukupnya
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 batang serai ~ dititik
4 cawan atau secukupnya santan
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:
1. Buangkan kulit labu, potong kecil dan bersihkan.
2. Masukkan labu, bawang, serai dan serbuk kunyit dalam periuk. Masakkan sehingga mendidih dan labu lembut dgn menggunakan api yg kecil.
3. Masukkan udang dan garam secukup rasa.
4. Didihkan sebentar dan tutupkan api.

Tom Yam Ikan Susu

Bahan-bahan:
2 keping ikan susu (milk fish)
2 sudu pes tomyam*
1 batang serai di titik
2 helai daun limau purut
1 biji bawang besar di hiris
Cili api secukup pedas
1 biji tomato ~ direbus dan di kisar
Daun ketumbar
Perahan lemon/limau nipis ~ secukupnya
Air
* Saya guna Thai Chili Paste (Mae Pranom Brand)

Cara penyediaan:
1. Didihkan air dlm periuk.
2. Masukkan tomyam pes,tomato, serai, cili api dan daun limau purut.
3. Setelah mendidih, masukkan ikan biar sampai masak.
4. Masuk bawang besar, daun ketumbar jus lemon/limau nipis dan garam secukup rasa.

Selamat menjamu selera...

Disebabkan ada ada teman ingin tahu macamana rupa ikan susu, ini suami saya tunjukkan..


Laksa Asam Abu Dhabi


Hari ni teringin nak makan laksa, jadi inilah hasilnya, resepinya sudah ada disini cuma ingin berkongsi gambar terbaru..

Lihat resepinya disini...

Sup Labu

Ari ni beli labu besar,hubby i suggest buat pumpkin soup.tak pernah lagi try membuatnya.tapi nilah hasilnya...my kids loved it..



Bahan-bahan:
1 labu bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
2 biji kentang (potong kecil)
200 gm labu kuning (potong kecil)
2 cawan air
200 ml krim/susu (segar/sejat)
Garam dan lada hitam secukup rasa
1 sudu marjerin/sedikit minyak untuk menumis.

Cara penyediaan:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit marjerin hingga layu.
2. Kemudian masukkan kentang dan labu.
3. Masukkan air dan rebus sehingga empuk.
4. Matikan api dan biarkan ia sejuk.
5. Masukkan ke dalam pengisar dan tuangkan krim/susu. Kisar lumat.
6. Tuangkan dalam periuk dan panaskan semula. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan.
Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.