Memaparkan catatan dengan label Pencuci Mulut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pencuci Mulut. Papar semua catatan

Pulut Durian / Pulut & Serawa Durian

Dapatlah makan sesekali pulut durian..buat dengan menggunakan lempuk durian yang dibawa dari malaysia..Stok lempuk dah pun habis, harap2 balik bercuti minggu depan boleh bawak stok baru, itu pun kalau ada buah durian yang dijual..kalau tak ada boleh beli lempuk durian segera yang banyak jual di pasaraya..

Bahan-bahan:

Beras pulut(secukupnya) ~ rendam 3 jam atau lebih
Isi durian atau lempuk durian secukupnya
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 helai daun pandan
Gula dan garam.

Cara penyediaan:

1. Toskan beras pulut yang telah direndam dan kemudian kukus sehingga masak (Pulut ini saya kukus kosong tanpa letak santan dan garam).
2. Untuk kuah/santan :~ Masak santan bersama air, daun pandan, gula dan sedikit garam.
3. Kacau diatas api yang perlahan sehingga mendidih.
4. Masukkan isi durian/lempuk, kacau rata. Kalau manisnya sudah menepati citarasa, bolehlah diangkat (boleh juga kalau nak letak isi durian kemudian, masak kuah sahaja. Tapi saya suka masakkan sekali durian dgn kuahnya).
** Kalau suka boleh juga campurkan dengan gula merah/gula melaka.

Kaya Yeo's.. eh silap, Kaya Raidah's

Kaya adalah salah satu kegemaran kami sekeluarga tetapi di sini tiada dijual di mana2 jadi kenala membuatnya sendiri, tahukah anda untuk membuatnya amatlah mudah sekali? Lebih berkhasiat dan yg lebih bagusnya tanpa bahan pengawet. Cubalah..


Bahan-bahan:
1 cawan gula *
1 cawan air *
* Buat gula hangus dan sejukkan
1 cawan gula
3 biji telur
1 ½ cawan santan
2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
Daun pandan

Cara penyediaan:
1. Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam bekas, kacau rata dan tapiskan.
2. Masak di dalam kuali/periuk dengan menggunakan api serdahana.
3. Adunan hendaklah di kacau sentiasa.
4. Masak sehingga pekat dan berkilat. Lebih kurang 20-25 minit.

Bubur Tepung Beras

Bahan untuk bubur:
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil air kapur
Secubit garam
Air secukupnya untuk membancuh tepung

Cara penyediaan:
1. Campurkan semua bahan dan adun sebati sehingga menjadi doh (jgn terlalu lembut dan keras, agak2 boleh untuk ditekan di atas senduk/acuan maruku).
2. Didihkan air di dalam periuk.
3. Masukkan bancuhan tepung di atas senduk berlubang/acuan maruku dan tekankan ke dalam air yang telah mendidih tadi.
4. Apabila siap dan masak, angkat dan basuh serta toskan bubur tersebut.

Untuk kuah:
500 ml santan pekat
50-60 gm gula merah/melaka
50 gm gula pasir (atau secukup rasa)
½ sudu teh garam
2 helai daun pandan

Cara penyediaan:
1. Masak santan bersama gula merah dan gula pasir serta daun pandan hingga mendidih.
2. Masukkan bubur tepung beras. Kacau dan angkat.

'Dadih' Santan Pekat:
100 ml santan pekat
Secubit garam

Didihkan dengan menggunakan api yang kecil sehingga pekat sedikit.

Cara Menghidangkan Bubur:

Sendukkan bubur ke dalam mangkuk dan letakkan ke atasnya dgn sedikit santan pekat tadi. Ini membuatkan bubur terasa lebih lemak.

Puding Caramel Bulan Puasa



Ini gambar terbaru cream caramel bulan puasa, resepinya ada disini...

Cream Caramel


Bahan-Bahan:

Bahan untuk puding:
6 biji telur
1 tin susu sejat
1 tin air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla.

Bahan untuk sos:
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air.
Cara penyediaan:
Sos (Caramel):
Panaskan gula dengan sedikit air di dalam loyang hingga gula cair dan bertukar warna kuning keemasan.


Penyediaan puding:
Pukul telur sehingga kembang. Setelah itu masukkan gula. Kemudian masukkan susu sejat dan air.Masukan adunan ke dalam loyang sos(caramel) dan kukuslah selama 25 minit.Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk. Bila dah betul-betul sejuk, baru keluarkan dari acuan.
...Sedia utk dihidangkan..

* Semasa mengukus, ikat tutup kukus dgn kain supaya wap tidak masuk ke dlm puding.
Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.