Memaparkan catatan dengan label Bubur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bubur. Papar semua catatan

Bubur Jagung Bersagu

Selamat berpuasa buat semua pengunjung blog resepiraidah..Agak terlalu lewat untuk mengucapkannya..Sebenarnya saya sekarang masih didalam pantang selepas melahirkan cahayamata yang ke 6 pada 25 Julai yang lalu..Walaupun masih didalam pantang, kuih muih, bubur saya buatkan juga untuk anak2 dan ayahnya..Kesian pulak kat sini mana ada pasar/bazar ramadhan untuk membeli juadah berbuka..Bubur jagung bersagu ini adalah resepi yang amat senang untuk disediakan..


Bahan-bahan:

3 cawan jagung (saya guna jagung beku yang jual dipasaraya)
3 sudu besar sagu ~ saya rebus dahulu sagu sehingga jernih, basuh dan rendamkan didalam air sebelum dimasukkan ke dalam bubur
250ml santan
Air secukupnya
1/2 cawan gula merah
Gula pasir secukupnya
2 helai daun pandan ~ dikoyak dan disimpulkan
Sedikit garam.


Cara penyediaan:

1. Masukkan semua bahan kecuali sagu ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dengan api yang sederhana supaya santan tidak pecah minyak.
2. Masukkan sagu yang telah direbus, rasakan manis lemak secukupnya. Bolehlah tutup api dan sedia dihidangkan.

***Saya suka rebus dan basuh dahulu sagu sebelum dimasukkan ke dalam bubur yang dimasak supaya kuah bubur tidak menjadi terlalu pekat dan proses memasak bubur pun mengambil masa yang singkat.

Bubur Brokoli Ikan Bilis (Bubur Si Manja Nani)

Si puteri saya sudah pun berumur 7 bulan lebih. Selain dari cereal dan biskut, saya juga memberinya bubur nasi yang di campurkan dengan sayur2an, ayam dan ikan..Seronok bila tengok si nani suka mkn, kekadang tu si abgnya pun tumpang juga..

Bahan-bahan:

1/2 pot beras
50 gm brokoli
1/2 sudu kecil serbuk ikan bilis ~ ikan bilis dipanggang/goreng tanpa minyak dan dikisar halus
Air secukupnya.
**Tidak perlu letak garam

Cara penyediaan:

1. Masukkan beras ke dalam periuk dan cuci beras sehingga bersih.
2. Letak air secukupnya dan masak beras sehingga kembang.
3. Setelah nasi kembang, masukkan brokoli dan biarkan hingga masak.
4. Kisar nasi dan brokoli tadi sehingga halus dan didihkan semula beberapa minit sebelum diangkat.
5. Masukkan beberapa sudu bubur tadi ke dalam mangkuk dan campurkan dgn 1/2 sudu serbuk ikan bilis tadi.

Bahan-bahan untuk bubur dan bubur yang telah siap dimasak ..

Aksi2 nani sedang makan dan bersama si abang Hanif..

Bubur Campur

Bahan-bahan:

11/2 cawan jagung manis atau jagung tin
1 cawan kacang hijau ~ direbus sehingga kembang
1 cawan kacang merah besar ~ direbus sehingga kembang
2 biji keledek ~ rebus sehingga empuk
4 cawan atau secukupnya santan
Gula ~ secukup rasa
1 cawan dark brown sugar/gula merah
Sedikit garam
1 helai daun pandan

Cara penyediaan:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.
2. Masukkan santan, masak sehingga mendidih dan bolehlah dihidangkan.
3. Utk rasa yg lebih enak, masukkan bubur ke dlm mangkuk, kemudian letaklah sedikit santan pekat/pati santan yg telah dicampur dgn sedikit garam.

* Air yg saya gunakan utk merebus semua kacang dan keledek saya buang.

Bubur Asyura

Telah beberapa tahun saya tidak merasai bubur asyura ni..tahun ni rasa teringin sangat utk merasainya..teringat masa kecil, membuat bubur asyura bersama2 penduduk kg..sehingga sekrg mereka masih lagi meneruskan tradisi membuat bubur asyura beramai2 dlm bulan muharram..

Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula merah
3/4 cawan gula
1/2 cawan kacang hijau*
1/2 cawan kacang merah*
1/2 cawan kacang tanah*
1 biji keledek*
* Direbus sehingga lembut
1/2 cawan jagung
1/2 sudu kecil halba ~ ditumbuk halus
1/2 sudu kecil jintan manis ~ ditumbuk halus
1/2 sudu kecil jintan putih ~ ditumbuk halus
6 cawan santan
1 sudu perasa pandan
Secubit garam

Cara penyediaan:
1. Bancuh tepung beras bersama santan, gula merah, gula, halba, jintan manis,jintan putih dan perasa pandan serta garam.
2. Tapiskan bahan tersebut ke dalam kuali dan masak sehingga mendidih dgn menggunakan api yg kecil.
3. Kemudian masukkan bahan yang telah direbus tadi dan kacau lagi sehingga bubur pekat(kental) dan adunan berkilat.
4. Tuangkan dlm loyang/bekas dan ratakan.
5. Biar sejuk sebelum dipotong untuk dihidangkan.

* Banyak lagi bahan yg boleh diletakkan di dlm bubur asyura ni.

Bubur Kacang Merah

Bahan-bahan:
Kacang merah ~ rendam dlm 2 jam
Gula merah
Gula
Santan/susu
Daun pandan
Secubit garam
Air untuk merebus kacang.
Cara penyediaan:
1. Kacang merah direbus sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan santan atau susu bersama daun pandan.
3. Masukkan gula dan gula merah secukup rasa dan secubit garam.
4. Didihkan sebentar. Sedia dihidang..
*Utk rasa yg lebih enak, masukkan bubur ke dlm mangkuk, kemudian letaklah sedikit santan pekat yg telah dicampur dgn sedikit garam...

Bubur Ayam Bercili

Bahan-bahan:
2 cawan beras
1/2 ekor ayam }rebus dan disiat-siat
3 biji bawang merah }dihiris
2 ulas bawang putih }dihiris
1 inci halia }diketuk
1 biji kentang }dipotong dadu
3-4 biji cili api }diketuk
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun bawang
Air
Sedikit serbuk pati ayam
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan:
Panaskan minyak,tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.kemudian masukkan cili api,halia,beras yang telah dibersihkan dan digaul rata.masukkan air dan juga air rebusan ayam tadi dan didihkan hingga separuh masak.masukkan kentang,ayam,serbuk pati ayam dan garam.masakkan sebentar lagi.sebelum mengangkat bubur,masukkan daun ketumbar dan gaulkan.ketika menghidang,taburkan dengan sedikit daun bawang dan bawang goreng.

*untuk lebih sedap, makan bersama kicap pedas dan sedikit perahan limau.

Kicap pedas

Bahan-bahan:

Segengam cili api
3 ulas bawang putih
Sedikit air
Kicap
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:
Kisar cili api bersama bawang putih sehingga halus.panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi sehingga masak.masukkan sedikit air dan kicap secukupnya dan biarkan mendidih sebentar.sedia untuk dihidang.
Posted by Picasa

Pengat Riyadh


Bahan-bahan:

5-6 biji pisang}buang kulit dan dipotong
1 biji epal}buang kulit dan dipotong
2-3 sudu kismis
1 tin krim(170gm) atau boleh digantikan dengan santan
Gula secukup rasa
Sedikit perasa pandan
Secubit garam
Air

Cara membuatnya:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.jika menggunakan krim,masakkan semua bahan dengan air terlebih dahulu.anggaran air atau santan mengikut sebanyak mana kuah yang dikehendaki.setelah mendidih,masukkan krim.kacau seketika dan diangkat.sedia untuk dihidang.
Posted by Picasa
Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.