Ayam Cendawan Butang

Bahan-bahan:
150 gm cendawan butang segar ~ dihiris
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
3 ulas bawang merah ~ ditumbuk
2 ulas bawang putih ~ditumbuk
1 inci halia ~ dihiris
Sedikit sos tiram
Sedikit kicap pekat
Serbuk pati ayam ~ kalau suka
3 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis.
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah serta halia.
2. Masukkan ayam dan goreng ayam sehingga masak.
3. Masukkan sos tiram, kicap, serbuk pati ayam, cendawan dan bancuhan tepung jagung.
4. Tambahkan sedikit air jika ingin berkuah.
5. Masukkan garam secukup rasa, kacau seketika dan bolehlah dihidangkan.

Sambal Tumis Telur

Bahan-bahan:
3 biji telur
1 bawang besar ~ hiris
3 ulas bawang merah ~ ditumbuk
2 bawang putih ~ ditumbuk
2 sudu cili kisar ~ kalau nk pedas tambahlah lagi
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis.
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak, goreng bawang putih dah bawang merah sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, garam dan gula. Tumis sehingga cili masak dan masukkan sedikit air.
3. Pecahkan telur ke dalam kuali dan biarkan sehingga telur separuh masak, barulah dikacau.
4. Masukkan bawang hiris, kacau seketika dan bolehlah dihidangkan.
*Kalau yg suka bawang hiris betul2 masak, masukkan bawang hiris semasa menumis cili.

Ikan Goreng Tepung

Bahan-bahan:
Ikan ~ bersihkan dan dikelar
Sedikit sebuk kunyit
Sedikit pati ayam
Sedikit tepung jagung
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng.
Cara penyediaan:
Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit, garam, pati ayam dan tepung jagung.
Panaskan minyak dan gorenglah ikan sehingga masak dan kuning keemasan.
Sedia dihidang.
* Enak dimakan bersama bawang, hirisan timun dan sambal belacan.

Kari Kepala Ikan Abu Dhabi


Bahan-bahan:
Kepala ikan ~ ikan yg saya gunakan ni ikan kerapu
4 sudu rempah kari ~ bancuh dgn sedikit santan/air
5 ulas bawang merah ~ ditumbuk
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 inci halia ~ ditumbuk
1 sudu halba campur
Sedikit rempah tumis ~ buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
1 biji kelapa (ambil santannya)
1 tangkai daun kari
Air asam jawa ~ secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit pati ikan bilis ~ kalau suka
Minyak untuk menumis
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
3. Masukkan halba campur, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan daun kari.
4. Masukkan serbuk rempah kari dan masak hingga pecah minyak.
5. Masukkan santan, air asam jawa dan biarkan mendidih.
6. Kemudian barulah masukkan kepala ikan, biarkan mendidih dan perlahankan api.
7 .Letaklah garam, gula dan serbuk pati ikan bilis secukup rasa.
8. Bila kuah sudah agak pekat, bolehlah matikan api.9. Angkat dan hidangkan panas-panas.
* Lebih sedap kalau ditambah sayur bendi atau terung, tomato dan cili hijau/merah.

Nasi Goreng Salmon

Bahan-bahan:
1 pinggan nasi
1 keping ikan salmon yang telah dipanggang (kalau tak ada salmon blh diganti dgn ikan lain seperti ikan tenggiri atau tuna flakes)
3 ulas bawang merah ~ ditumbuk kasar
2 biji bawang putih ~ diketuk
3-4 biji cili padi ~ diketuk
2 sudu sos tiram
1 batang lobak merah ~ dipotong dadu
1 biji telur ~ goreng mata kerbau
Garam secukup rasa
Sedikit sebuk pati ayam ~ kalau suka
Minyak untuk menumis
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan cili api dan sos tiram.
3. Masukkan lobak merah dan bila dah agak layu, masukkan salmon.
4. Masukkan nasi, garam dan serbuk pati ayam secukup rasa. Kacau rata dan bolehlah dihidangkan bersama telur mata kerbau dan sedikit salad.
* sos utk nasi goreng ~ tomato, cili api, sedikit garam dan gula dikisar.
Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.