My Chicken Biryani Rice

Saya selalu melayari internet untuk mencari resepi biryani. Ada berbagai2 jenis resepi biryani dari india, pakistan dan berlainan cara membuatnya. Kemudian saya mencubanya pula mengikut cara saya pula. Inilah hasilnya..

Bahan-bahan:

4 cawan beras basmathi ~ cuci dan rendam 30 minit dan toskan
1 ekor ayam ~ potong kecil
1 cawan yogurt
3 biji bawang besar ~ dihiris
2 biji tomato ~ potong dadu
3 biji cili api (nk pedas tambah lagi) ~ cucuk dgn pisau pada bahagian tengah cili tersebut
1 sudu kecil bawang putih yg dikisar halus
1 sudu kecil halia yg dikisar halus
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk garam masala
2 sudu besar rempah biryani
4 kuntum bunga cengkih
1 batang kayu manis (dlm 2 inci)
4 biji buah pelaga hijau & 2 biji buah pelaga hitam
2 helai daun salam( bay leaves)
1- 2 cawan bawang goreng
1/2 cawan kismis
Secubit saffron ~ rendam dgn 1/2 cawan air panas atau susu panas
1 cawan daun ketumbar yg dihiris (dlm resepi ni tak letak sbb stok dah abis)
4 sudu minyak sapi
Garam dan gula secukup rasa (gula tu optional)

Cara penyediaan:

Ayam:

1. Panaskan periuk dan tumis bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, daun salam dan bawang besar. Goreng sehingga kuning dan masukkan paste bawang putih dan halia.
2. Masukkan rempah biryani, garam masalah, serbuk kunyit dan tomato. Masak sehingga terbit minyak, kemudian masukkan ayam, daun ketumbar dan yogurt.
3. Masakkan sehingga ayam masak dan kuah agak pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa dan jika suka tambahkan sedikit gula. Matikan api dan ketepikan.

Nasi:

~ Didihkan air dan masukkan 1 helai daun salam, 1/2 sudu jintan manis dan 1 sudu minyak. Apabila air mendidih, masukkan beras dan masak selama 6-8 minit (sehingga menjadi nasi separuh masak). Nasi menjadi butiran yang lembut dan tidak keras.

Nasi Biryani:

1. Masukkan 1/3 bahagian nasi ke dalam periuk nasi elektrik dan ratakan. Taburkan bawang goreng, daun ketumbar, kismis, dan sedikit bancuhan saffron tadi ke beberapa bahagian nasi.
2. Masukkan 1/2 bahagian ayam dan ratakan menutupi bahagian nasi.
3. Masukkan pula 1/3 bahagian lagi nasi menutupi ayam dan lakukan keadah yg sama seperti no. 1 dan sudahkan dgn 1/2 bahagian ayam lagi yg tinggal.
4. Akhir sekali masukkan lebihan nasi yg tinggal dan letakkan lebihan kuah ayam tadi ke atas nasi dan taburkan lebihan bawang goreng, daun ketumbar, kismis, bancuhan saffron.
5. Tutup periuk dan tekan on periuk elektrik tersebut dan masak nasi sehingga masak (sekurang2nya 30 minit).
6. Gemburkan/kacau nasi sebelum dihidangkan. Untuk hiasan taburkan dgn kismis, bawang goreng dan gajus.

Cara penyediaan briyani..

Nasi briyani yang baru siap dimasak.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum
Dikesempatan ini, saya Raidah, suami dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung2 blog Resepi Raidah. Terima kasih buat semua.
Wassalam

Homemade Rempah Kabsa

Saya rasa di Malaysia tidak ada kedai yang menjual rempah kabsa, jadi saya telah mencari di internet apakah bahan2nya. Disini saya ceritakan cara mudah untuk membuatnya. Rempah ratus yang digunakan adalah rempah ratus yg biasa kita gunakan dlm masakan kita juga. (Klik pada gambar untuk melihat bahan2 dengan lebih jelas)

Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

** Didalam resepi asal, halia dicampurkan sekali. Saya tidak masukkan halia sebab rempah2 diatas adalah kering dan boleh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak msk makanan.

Rempah kabsa yang telah siap dikisar

Air Serai Selasih

Dalam bulan ramadhan ni, bermacam-macam makanan dan minuman yg muncul difikiran untuk dimakan dan minum. Terkenang minum air serai selasih di restoran 'SERAI' berhampiran dgn rumah di Enstek, lalu saya cuba pula untuk membuatnya sendiri..Selasih ni saya bawa dari M'sia..di Abu Dhabi ni rasanya tak ada jual..

Bahan-bahan:

1 batang serai ~ dihiris
1 sudu makan selasih ~ direndam sehingga kembang
1 liter air
Sedikit pewarna hijau
Gula ~ sesedap rasa.

Cara penyediaan:

1. Masak air sehingga mendidih, kemudian masukkan serai dan rendam selama 2-3minit.
2. Perisakan dgn gula secukupnya.
3. Masukkan pula sedikit pewarna hijau dan selasih yg sudah dikembangkan tadi, kacau.
4. Boleh diminum semasa panas dan juga sejuk dgn ditambah ais.

Mee Rebus


Ada rakan di chat box meminta resepi mee rebus, kebetulan dah lama lak tak makan, jadi saya dgn segera membuatnya untuk berbuka puasa tempohari. Untuk pengetahuan rakan2, oleh kerana mee kuning agak sukar untuk didapati di sini, mee kuning tu pun buatan sendiri. Nantikan resepi "Mee Kuning Homemade" dalam posting akan datang..

Bahan-bahan kuah:

500gm daging ~ saya potong kiub besar, rebus dan dihiris nipis
500gm keledek/ubi kentang ~ potong dan direbus
2 biji tomato ~ rebus sebiji2 bersama daging
10 ulas bawang putih ~ dikisar
3 biji bawang besar ~ dikisar
1/2 inci halia ~ dikisar
100gm udang kering ~ dikisar
3 sudu makan cili kisar ~ kalau nak pedas tambah lagi
7-8 sudu makan cili sos ~ boleh dikurangkan mengikut citarasa
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak utk menumis.
** Daging, kentang dan tomato, saya rebus sekali. Kemudian kentang dan tomato(buang kulit) tersebut dikisar.
** Daging pula dihiris nipis-nipis

Bahan-bahan lain/sampingan:

Mee kuning ~ celur sekejap dan toskan
Taugeh ~ celur sekejap dan toskan
Hirisan cili api/hijau dan merah
Hirisan daun bawang
Hirisan lemon/limau kasturi/limau nipis
Telur rebus ~ dibelah dua
Tauhu dan bawang goreng ~ saya tak letak sebab tak ada

Cara penyediaan:

Kuah:

1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar (bwg2,halia&udg kering) hingga wangi.
2. Kemudian masukkan cili, cili sos dan masak hingga garing, gunakan api kecil.
3. Masukkan keledek, tomato yang telah dikisar serta lebihan air rebusan dan masak hingga pekat (tambah air jika perlu) .
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya (biasanya kuah mee rebus agak manis sedikit). Angkat dan hidangkan bersama mee kuning dan bahan2 lain semasa kuah masih panas.
**Saya tidak mencampurkan daging di dalam kuah.

Mee Rebus:

~ Ambil mee secukupnya dan isi dalam mangkuk, tuang kuah dan letak hirisan daging, taugeh bersama bahan2 yg lain.
Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.