Kangkung Ikan Masin

Sayur kangkung hasil dari tanaman sendiri..Panjang umur kangkung ni dari bulan 6 tahun lepas sehingga kini masih hidup dengan subur lagi..

Bahan-bahan:

1 ikat kangkung ~ potong mengikut suka, basuh dan toskan
30g isi ikan talang kering ~ basuh dan potong nipis
3 ulas bawang putih ~ diketuk
2 sudu besar/makan sos tiram
Garam
Sedikit air
Minyak untuk menumis.

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan gorengkan isi ikan sehingga garing, kemudian diangkat.
2. Tumiskan bawang putih sehingga garing. Kemudian masukkan sos tiram, kacau seketika.
3. Masukkan isi ikan yg telah digoreng tadi dan sedikit sahaja air. Masukkan sayur kangkung, kacau sehingga rata (Gunakan api yang besar semasa menggoreng kangkung).Tambah garam jika perlu dan bolehlah diangkat.
** Untuk lebih sedap, boleh letakkan 2/3 biji cili api yg diketuk, tumis dgn bawang putih.

Nasi Lemak Abu Dhabi

Nasi lemak, ayam goreng berempah, sambal tumis, ulam timun dan ditambah dengan kangkung celur..Hidangkan nasi panas2 letak atas daun pisang, baru sedap mcm mkn kt Malaysia jugak..

Nasi

4 pot beras basmathi ~ basuh dan saya rendamkan 30minit
4 pot @ lebih (bergantung kepada beras) santan (saya guna santan serbuk)
1/2 inci halia ~ dihiris
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
Garam dan sedikit gula.
** saya guna santan serbuk, jadi saya masak dahulu santan bersama halia, bunga cengkih dan daun pandan sehingga mendidih.

Cara penyediaan :

1. Masukkan beras ke dalam rice cooker. Kemudian masukkan santan yang telah dimasak dengan bahan. Masukkan garam secukupnya dan sedikit gula.
2. Tanak nasi sehingga masak. Bolehlah dihidangkan dengan lauk atau sambal kegemaran.

Sambal Tumis Ikan Bilis:

Saya suka buat sambal menggunakkan banyak bawang dan sambal tumis ni mengikut cara yang biasa saya masak.
150 g ikan bilis
2 biji bawang besar ~ dihiris
2 biji bawang besar**
5 ulas bawang putih**
20 tangkai lebih atau kurang cili kering ~ rebus, basuh dan toskan airnya**
Sedikit belacan (secukupnya)**
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula
Air secukupnya untuk kuah
Minyak untuk menumis.
** Goreng bahan ** sehingga masak dan kemudian kisar sehingga hancur, jadikan pes.

Cara penyediaan:

1. Goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan toskan minyak.
2. Masak semula pes bawang yang telah dibuat tadi sehingga naik/terbit minyak.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan hirisan bawang besar dan air untuk kuah secukupnya.
5. Apabila bawang telah masak, matikan api dan masukkan ikan bilis goreng tadi. Gaul rata ikan bilis dan bolehlah diangkat.

Sotong Goreng Kunyit

Bahan-bahan:

250g sotong ~ bersihkan dan dipotong bulat
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang halus
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
1 batang daun bawang ~ dipotong dalam 1 inci
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam dan sedikit gula
Minyak untuk menumis.

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga garing. Kemudian masukkan sotong, bawang besar dan kunyit.
2. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun bawang, kacau rata dan bolehlah diangkat. (Masak sotong sekejap saja kerana sotong akan menjadi keras jika dimasak lama)

Asam Pedas(Tumis) Daging

Asam pedas daging ini saya buat agak pekat dan kurang minyak, nampak seperti kari pun ada..

Bahan-bahan:

300g daging ~ dihiris
2 helai daun limau purut
2 batang serai ~ diketuk
1 cm belacan (jika suka)
Jus Asam jawa secukupnya
Garam dan gula
Air

Bahan tumis:

15 biji(lebih atau kurang) cili kering(potong kemudian rebus, basuh dan toskan airnya)**
2 biji bawang besar**
4 ulas bawang putih**
1/2 inci halia**
1 cm lengkuas**
1/2 sudu kecil jintan manis**
1/2 sudu kecil jintan putih**
Minyak

** Hiris bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas. Kemudian tumiskan semua bahan** sehingga masak. Kisar sehingga hancur bersama dengan minyaknya sekali, dijadikan pes.


Cara penyediaan:

1. Panaskan periuk dan masukkan bahan yang telah dikisar dan masak sehingga terbit minyak.
2. Masukkan air, belacan, serai dan daging. Masak sehingga daging empuk.
3. Setelah daging empuk, masukkan air asam jawa, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.

Udang Goreng Tepung


Bahan-bahan:

Udang secukupnya
1/2 cawan tepung perasa serbaguna
1/2 cawan tepung beras
1 sudu kecil baking powder
1 cawan @ secukupnya air
~ Satukan semua bahan dan bancuh dgn air. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat ataupun cair.
Bahan sampingan ~ 1/2 cawan tepung perasa serbaguna untuk menyalut udang.
Minyak secukupnya untuk menggoreng.

Cara penyediaan:

1. Udang yang telah dibersihkan gaulkan dengan tepung. Kemudian celupkan udang tersebut ke dalam bancuhan tepung(batter).
2. Goreng ke dalam minyak yang telah dipanaskan sehingga kuning keemasan.
3. Angkat dan toskan.
Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.