Nasi Ayam Kukus


Kat dlm fridge ada drumstick je,tengah fikir nak masak ape..so i get an idea to make nasi ayam kukus coz it easy to cook..bahan2 for salad pun just ni je yg adanye..
Bahan Untuk Ayam:
Drumstick(peha ayam) ~ dlm 8 ketul
2-3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
Sedikit halia ~ ditumbuk
Sedikit stok ayam ~ kalau tak nak tak payah letak
Garam.
Cara penyediaan:
Gaulkan ayam dengan kesemua bahan dan letakkan didalam loyang dan kukuslah sehingga masak.
Nasi:
Beras
1 biji bawang besar ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
Sedikit halia ~ dihiris
Sedikit stok ayam
Garam
Air
Sedikit minyak untuk menumis.
Cara penyediaan:
Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dihiris sehingga garing. Kemudian masukkan beras dan kacau sekejap.Masukkan air,garam serta stok ayam dan biarkan nasi sehingga masak.
Sos:
1 sudu cili kering
2-3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
Cili sos
Sedikit air
Sedikit tepung untuk memekatkan sos
Garam dan gula.
Cara penyediaan:
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga agak pekat.
Sup:
Ayam yang telah dikukus tadi mengeluarkan air so ambik air ayam tersebut dan dicampurkan dengan sedikit air. Dididihkan sebentar dan tambahlah sedikit garam. Sedia untuk dihidang.

1 ulasan:

Swahili berkata...

Salam Akak Raidah.
Kita tak pernah jumpa, tapi budi baik akak dan Helmy, memang Su ingat. Dipelawa duduk semalam rumah akak semasa kita pindah dari Damamm ke Riyadh Aug 2007, akak sekeluarga pulang ke Malaysia. Banyak barang dapur Helmy beri pada saya...Norhan suami saya kawan sekerja Helmy. Kunjung blog saya & keep in touch

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.