Ayam Goreng Berempah

Ini resepi ayam goreng berempah untuk nasi lemak kukus di dalam posting saya yg lepas...

Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ dipotong kecil
5 biji bawang merah ~ ditumbuk
4 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 inci halia ~ ditumbuk
3 sudu besar serbuk cili
2 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk jintan manis
3-4 sudu besar tepung jagung
1 sudu serbuk kunyit
1 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak


Cara penyediaan:
1. Satukan ayam dengan semua bahan hingga sebati.
2. Perap ayam selama 2-3 jam.
3. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya baca resepi ini dan saya mendapati bahawa resepi ini mcm sedap jer.. insya-allah nnti saya akn try resepi nie...

NzA berkata...

salam...TQ 4 sharing.

Resepi Syafiqah berkata...

Wah Terbaek memang best..

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.