Paprik


Bahan2 ni anggaran untuk 4orang mkn..


Bahan-bahan:
1 mangkuk hirisan ayam
1 mangkuk hirisan daging
Sedikit sotong atau udang (atau mana-mana yang disukai)
2 ulas bawang putih~ diketuk
1 biji bawang besar~ dihiris
1 biji tomato~ belah 4
Sedikit bunga kubis
1 batang lobak merah
5 tangkai cili api~ diketuk(nk pedas tambahlah lagi)
1 batang serai~ diketuk
Sedikit daun limau purut~ikut suka,kalau tak nak tak payah letak..
Kicap
Sos tiram
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan cili api.
2. Masukkan ayam dan daging. setelah ayam dan daging agak masak, masukkan sos tiram dan kicap. Selepas itu masukkan serai yg telah diketuk dan daun limau purut.
3. Masukkan sayur-sayuran dan bawang besar yang telah dipotong serta sotong/udang(masuk lambat supaya sotong/udang lembut).
4. Kacau seketika,kemudian masukkan garam secukup rasa.sedia untuk dihidangkan.

* Sedap dimakan bersama nasi putih atau nasi goreng panas.

1 ulasan:

lov-note berkata...

sdpnyer n nmpk mudah je, mlm ni nk cube utk berbuka..terima kaseh ye..

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.