Ikan Kembung Pekasam Abu Dhabi


Kalau dh ddk kat perantuan ni mana nak cari ikan2 pekasam ni..so bila sesekali teringin nak makan tu kenalah try membuatnya..ikan darat tak ada kat sini sebagai gantinya i tukarkan kepada ikan kembung yg kecil..hasilnya boleh tahan juga, menjadi..tak payahlah nak tunggu blk m'sia..
Bahan-bahan:
10 ekor ikan kembung (kalau kat m'sia tu gunalah ikan darat atau sungai seperti lampam,sepat, talapia dsbnya)
1 gengam garam kasar @ secukupnya
50g asam keping/gelugur @ secukupnya
Serbuk kunyit
Cara membuatnya:
1. Bersihkan dengan air dan tuskan hingga betul-betul kering.
2. Gaulkan ikan dengan garam, asam keping dan serbuk kunyit.
3. Selitkan 2 atau 3 keping asam gelugur ke dalam perut setiap seekor ikan.
4. Susun ikan di dalam bekas bertutup. Tutup kemas-kemas. Biar selama 2-3 malam.
5. Selepas tu bolehlah disimpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.
Cara masak:
1. Boleh terus digoreng atau dibasuh sedikit bagi mengurangkan kemasaman/kemasiman ikan pekasam.
2. Panaskan minyak dan gorengkan terus ikan pekasam dengan api perlahan sehingga masak dan garing.
3. Bila dah masak angkat dan masukkan dalam pinggan.
4. Kalau suka lebihan minyak boleh goreng bawang dan cili hiris (cili api atau cili merah).
5. Tuangkan bawang dan cili goreng atas ikan. Perahkan jus limau (jika suka).

6. Sedia untuk hidangkan.

* Lebih sedap dimakan bersama sambal belacan dan ulam..

1 ulasan:

Abednego berkata...

Menu yang menarik..

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.