Nasi Mandhi Abu Dhabi


Saya belajar membuat nasi mandi ni dari blog rakan yg tinggal di Riyadh, Arab Saudi. Saya telah pun mencubanya. Saya ada menambah beberapa bahan lain dari resepi rakan saya ni, begitu juga dgn sukatan utk bhn yg digunakn adalah mengikut sukatan saya sendiri.

Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukk
an ke dalam nasi.

Nasi:

4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:

1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

Sos:

1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.

Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Ulam:

~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.



Proses meng"asap" nasi dgn arang + sedikit minyak..



Ayam yg telah siap dipanggang..


Nasi mandi sedia dihidang bersama daun Jarjeer, ulam kegemaran orang2 Arab..

22 ulasan:

uminisadhia berkata...

salam....ulam jarjeer tu mmg sedap....cecah ngan sambal belacan pun sedap....uminisadhia Qatar....

pang5melaka berkata...

salam...nak mintak tolong puan ..sy ni penggemar masakan arab..cuba puan bukak youtube dan search mansaf ..ada makcik arab gemuk tu ajar masak nasi mandi ..tapi bahasa arab la langsung x paham ..tolong kot kot puan boleh cari resepi nya

nurmisnan berkata...

salam aidah
rempah campuran tuh
yang mcm mana yer...
saya kureng tahu... terima kasih

Shakirah Salleh berkata...

OMG... ni la resepi yang dicari2.. perfect! thanks for sharing :)

Lynn berkata...

Salam, tq for sharing this recipe. Nasi Mandy sedap n x muak. Boleh makan berulang Kali. Anak2 pun suka.

indahhouse berkata...

Salam resipiraidah.
Saya telah mencuba nasi mandhi ni. Terima kasih berkongsi resipi ya. :)

Shaz berkata...

Salam Puan, dah lama cari resepi nasi/chicken mandy ni. Dah cuba n menjadi (nasib baik ler). Lepas ni nak cuba your nasi kabsa pulak.

eqeen berkata...

pernah mkn nasi ni kat restoran arab..tp blm pnh try sendri..mtk kongsi resepi ni ye sis...nk try wat utk hubby...tq..

Aida berkata...

Terimakasih Puan kerana berkongsi resipi.Semoga diberkati.

Tanpa Nama berkata...

sedap...sgt2 menjadi..teringat kenangan makan nasi arab di tanah suci mekah bulan lps.sy cuma wat salad timun n tomato dgn mayonis sbb dia xmkn ulam.satu umah bau wangi...tima kasih kak

Tanpa Nama berkata...

mana nak dapat serbuk kabsa .

Tanpa Nama berkata...

Tengah cari resipi n.arab ni...tp dok tilik2 mcm wat n.minyak je apa pun kena try lu...tq share resipi ni...memng nmpk sdap!!!!.

Unknown berkata...

HomeMade Rempah Kabsa

Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih
**1 sudu makan lada hitam
**1 sudu makan jintan manis
**1 sudu makan jintan putih
**2 sudu makan biji ketumbar
**1 sudu makan buah pelaga
**1 sudu buah pelaga hitam
(black cardamom pods)
**1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:
1. Goreng tanpa minyak
bahan2 yg bertanda **
sehingga naik bau dan
angkat.
2. Kemudian kisar semua
bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara. Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan
daging.

wardatulAhdhar berkata...

bhn2 bwt rmpah tu sama mcm bhn nk bwt rmpah masala :)

Unknown berkata...

Salam kak sy nk tnye.ayam 2 mmg kne bkar k.klu kukus jd x??

Unknown berkata...

wah hmm nampak sedap dan lazat sangat, tapi malas pulak nak masak
Mudahnya masak nasi arab kini tak payah susah-susah hanya dengan ....

super blogger berkata...

Made in Abhu Dhabi, kena cuba nie. Terima kasih kerna sudi berkongsi resepi nasi arab ni.

Irfanayla berkata...

salam....nasi arab ni kalo nak sedap lagi saya cadangkan pakai basmati pusa 1121 cream,market kat luar harga RM13.50 per kg,tapi saya bekalkan anda basmati jenis pusa 1121 ni hanya RM9.50...hubungi saya untuk dapatkan beras basmati pusa 1121 cream dgn harga yang lebih murah dari pasaran di talian 012-9727136 (hafiz)....tiada min order,sekilo pun saya hantar sampai depan umah...selamat mencuba... :)

Unknown berkata...

slm,saya wan zakris tinggal di putrajya
menjual rempah nasi arab terpantas untuk disediakan

x perlu tumis,campur beras, pes dan lauk sahaja

1.nasi mandhy
2.nasi maqlubah
3.nasi kabsah

Harga Rm 18 sekotak siap bersama beras basmati
sesuai makan untuk 5-7 org
-wan zack 017-2479884 prefer whatsap

ps-Cod percuma untuk kawasan berdekatan putrajaya

Idayu berkata...

Dah try.. terima kasih. Memang sedap n lembut. Tulang pun lembut jer.. mak mertua pun puji...itu yg lagi best tu! ����

Zakiah berkata...

Assalamualaikum..... Mula2 sya nk ucapkn terima kasih kerna sudi share resepi ni.Sya dh try buat mmg sedap spt beli. Rasanya x rugi mencuba. Anak2 makan bertambah-tambah. Sedap katanya. Cuma cerewetnya bila terpaksa buat rempah kabsa. Byk prosesnya tp seronok bila anak2 mkan bertambah-tambah. Terima kasih sekli lg kpd empunya resepi. Apa-apa pun mmg terbaik.

Unknown berkata...

Terima kasih atas perkongsian resepi.sangat membantu saya untuk memyediakan nasi arab di rumah

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.