Nasi Ayam Ipoh???Abu Dhabi lah....

Resepi nasi ayam ipoh ni asalnya dari myresepi. Bahan2 yg digunakan adalah sama seperti nasi ayam biasa cuma ada sedikit penambahan seperti sos tiram dan minyak bijian di dalam nasi dan ubi sengkuang didlm sup. Resepi ini telah saya ubah sedikit mengikut cara saya pula. Sedap nasi ayam ni, cubalah..

Bahan-bahan:

Bahan untuk rebus ayam:

1 ekor ayam
4 ulas bawang putih ~ diketuk
2 inci halia ~ dihiris
3 batang bawang (ambil bahagian yg putih dan bwgnya) ~ dihiris
Air ~ secukupnya
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan:

~ Sediakan periuk, masukkan air, bawang putih ,halia dan garam, didihkan. Setelah air mendidih, masukkan ayam dan masak dalam anggaran 20-30 minit. Angkat dan toskan.

Ayam:

1 ekor ayam ~ yg telah direbus dan ditoskan
3 biji bawang putih ~ tumbuk
1 inci halia ~ tumbuk
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( optional )

Cara penyediaan:

1. Satukan semua bahan2 didalam mangkuk.
2. Masukkan ayam yg telah ditoskan tadi dan gaulkan dgn bahan2 sehingga rata.
3. Perapkan ayam selama 30 minit dan bolehlah dipanggang atau digoreng.

Untuk nasi:

3 cawan beras
4 cawan @ secukupnya air rebusan ayam (air bergantung kpd jenis beras yg digunakan)
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 inci halia ~ ditumbuk/kisar
2 sudu besar sos tiram/kisar
1 sudu besar minyak bijan
3 batang daun bawang bhg putih dan bawangnya ~ dihiris
2 helai daun pandan
2 sudu butter/mentega
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan:

1. Beras dibersih kemudian ditoskan.
2. Panaskan majerin dan minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi.
3. Masukkan minyak bijan, sos tiram dan beras, kacau rata beras dgn bahan2 sebentar. Kemudian masukkan air rebusan ayam, daun bawang, daun pandan dan garam.
4. Masak/tanak hingga masak

Untuk sup:

Air rebusan ayam
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 biji sengkuang ~ potong dadu (saya tidak letak sbb ubi sengkuang tak ada di sini)
Daun sup ~ dihiris

Cara penyediaan:

~ Didihkan air rebusan ayam tadi. Masukkan sengkuang dan serbuk lada sulah. Perasakan dgn garam secukupnya. Hidangkan bersama hirisan daun sup.

Untuk sos cili:

10 biji cili api
6 biji cili merah ( saya tak letak sbb tak ada )
1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
2 sudu besar jus limau nipis/kasturi
Sedikit air rebusan ayam
Garam dan gula secukupnya.

Cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan sehingga hancur. Sedia dihidang.

Untuk sos kicap:

5 biji cili api
Sedikit halia (ambil dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
Kicap secukupnya
1 sudu besar sos tiram
Air rebusan ayam secukupnya
Tepung jagung ~ campur dgn sedikit air utk memekatkan sos kicap.

Cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan dan masak di atas dapur.
2. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau seketika dan bolehlah diangkat.

Bahan sampingan:

1 batang timun ~ dihiris
2 biji buah tomato ~ dihiris
Salad ~ dihiris
Bawang goreng ~ ditabur di atas nasi dan di dalam sup
Minyak bijan ~ taburkan ke atas ayam yg telah dipotong.

Nasi Tomato Sotong Goreng

Sekali pandang mcm nasi goreng, tapi ni sebenarnya nasi tomato yg dimakan bersama sotong grg tepung..

Bahan-bahan:

4 cawan (pot) beras basmathi ~ bersih dan toskan
4 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar marjerin
3 biji tomato ~ dipotong kecil2(cincang)
2 sudu tomato puree
1 cawan susu cair
3 cawan@secukupnya air
3 ulas bawang putih ~ dihiris
5 biji bawang merah @ 1 biji bawang besar ~ dihiris
1 inci halia ~ dihiris
Rempah tumis 4 sekwn ~ 3 biji buah pelaga, 4 kuntum bunga cengkih, 1 kuntum bunga lawang & 2 inci kulit kayu manis
Garam secukup rasa & sedikit gula(optional)

Cara penyediaan:

1. Masukkan beras ke dalam rice cooker.
2. Sementara itu di dlm periuk lain, panaskan minyak sapi dan mentega. Bila semuanya cair, tumis rempah tumis, bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis hingga wangi dan sedikit garing.
3. Masukkan tomato yg telah potong kecil (cincang) dan tomato puree, kacau dan biar masak.
4. Masukkan susu dan air, masak hingga mendidih. Kemudian masukkan ke dalam rice cooker yg telah diisikan beras tadi.
5. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula, gaul beras hingga rata dengan semua rempah2. Masak nasi seperti biasa.
6. Gaul/gemburkan nasi bila nasi sudah betul2 masak.
Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng, hirisan karot yg digoreng garing sebelum dihidangkan.

Sotong Goreng Tepung

Bahan-bahan:

300 gm sotong yg telah siap dipotong bulat @ sotong biasa (kalau sotong seekor2 tu cuci bersih& potong bulat)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras @ jagung
1 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecik baking powder
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

1. Rebus sotong separuh masak dan toskan airnya. Kemudian gaulkan dgn lada sulah.
2. Adunan batter: Satukan tepung gandum, tepung beras, serbuk kari, baking powder dan garam, gaul rata dan masukkan air, pastikan jgn terlalu cair. Buat batter/bancuhan mcm batter nak buat goreng pisang.
3. Celupkan sotong tadi dan goreng hingga perang. Jangan terlalu lama kerana sotong tadi sudah separuh masak.
** Sotong direbus untuk mengelakkan sotong meletup bila digoreng.

Kuih Puteri Ayu

Teringin nak makan, nak beli mana nak cari kat Abu Dhabi. Acuan puteri ayu tak ada tapi cuba juga untuk membuatnya dgn menggunakan acuan kuih apam. Blk msia lupa nak beli acu, nilah akibatnya hehehe..Rupanya taklah berapa ayu tapi rasanya mmm...

Bahan-bahan:

270 gm tepung gandum
240 gm gula
3 biji telur
1 sudu kecil ovallate
240ml santan/ susu segar
1 sudu kecil ovallet
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar coconut pandan emulco
Kelapa parut (muda) digaulkan dgn garam secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung
**Dlm resepi ni, saya guna kelapa kering. Gaulkan dgn tepung jagung dan garam.Kukus kelapa tersebut, kemudian barulah ditekan ke dlm acuan.

Cara penyediaan:

1. Sapukan sedikit minyak masak dalam acuan, kemudian masukkan 1 camca teh parutan kelapa dan tekan sampai padat. Ketepikan.
2. Sementara itu panaskan air dalam kukusan.
3. Pukul telur bersama gula sehingga kembang.
4. Masukkan santan, ovallate, pandan emulco, tepung gandum dan ubi. Gaul hingga sebati.
5. Sudukan bancuhan ke dalam acuan yang telah diisi dengan kelapa tadi.
6. Kukus atas air mendidih selama 15 minit.
7. Angkat, sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan.

Sup Daging Rusa

Sup ni antara menu yg sempat dimasak semasa bercuti di m'sia baru ni. Balik pun masak yg ringkas2 aje sebab banyak lagi agenda lain yg nak di buat..

Bahan-bahan:
500 gm daging rusa ~ dihiris
Rempah tumis 4 sekwn 1 inci kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih, 2 biji pelaga
4 ulas bawang merah**
2 ulas bawang putih**
1 inci halia**
1 sudu kecil lada hitam**
**ditumbuk
1 sudu mkn rempah sup
2 biji kentang ~ belah 4
Garam
Sedikit daun bwang & sup serta bawang goreng
Sedikit minyak
Air secukupnya.

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak, masukkan rempah tumis dan kacau hingga harum. Kemudian masukkan pula bahan tumbuk**, rempah sup dan tumis hingga wangi.
2. Masukkan daging tadi dan gaul rata. Tuang air secukupnya dan masak daging sehingga empuk (biasanya daging rusa lembut dan tak perlu masak lama)
3. Masukkan ubi kentang dan masak hingga kentang lembut, tambah garam secukup rasa.
4. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng.
Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.