Gulai Tempoyak Ikan Kembung

Kalau balik kg saya di Temerloh, ikan yg digunakan sudah semestinya ikan 'patin'..Aduh rindunya nak menikmati keenakan ikan patin masak tempoyak..tapi nak buat macamana kan..tak dapat ikan patin, ikan kembung pun jadilah..tempoyak memang saya bawa dari m'sia..

Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung ~ bersihkan
15 biji lebih atau kurang cili api ~ tumbuk
1 batang serai ~ ketuk
2 sudu atau lebih tempoyak
1 tangkai daun kesum ~ jika suka
1 helai daun kunyit(saya tak letak sebab tak ada) ~ jika suka
Serbuk kunyit secukupnya(lebih sedap kalau guna kunyit hidup ~1cm)
Garam dan sedikit gula.
Air ~ ikut pekat kuah yg diingini

Cara penyediaan:

1. Masukkan cili api yg telah ditumbuk, tempoyak, serai, kunyit dan air ke dalam periuk. Kacau rata supaya tempoyak hancur dan tidak berketul. Masakkan bahan2 sehingga mendidih.
2. Kemudian masukkan ikan, daun kesum dan biarkan ikan sehingga masak. Tambahkan garam dan sedikit gula. Kalau kuah tidak masam, bolehlah ditambahkan tempoyak lagi(biasanya rasa masam ikan hanya dari tempoyak sahaja, saya tidak letak asam keping. Tapi kalau tidak suka kuah yg agak pekat, bolehlah ditambah asam keping utk menambah masam).
3. Bila ikan sudah masak, bolehlah diangkat.

Satu lagi cara memasak ikan:
~ Masukkan cili, serai, serbuk kunyit, tempoyak dan air ke dalam periuk, kacau rata hingga tempoyak hancur.
~ Kemudian masukkan ikan dan renihkan. Masukkan daun kunyit, daun kesum dan masak sehingga mendidih. Masukkan garam dan sedikit gula. Bolehlah diangkat.

2 ulasan:

FiDa@aMiDa berkata...

sedap ni..sayang ikan patin tak da kat sini terpaksalah ya kita substitute dgn ikan lain hehehe

umi adam faris berkata...

sy xpandai buat...selalu mak yang buat. dah kawin ni xpernah cuba..huhu
tapi sekarang rasa macam nak cuba ;)
terima kasih resepi yang best ni

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.