Lemak Cili Api Kulat Sisir

Kalau balik kg, kami biasanya akan ke pasar atau ke pekan sehari Temerloh untuk mencari sayur2an kampung dan juga ulam2an. Kulat sisir adalah diantara kegemaran suami, dibuat masak lemak cili api atau pun digoreng. Untuk menyediakannya agak rumit sedikit kerana kena membuang satu persatu kotoran kulit kayu yg melekat pada pangkal kulat sisir tersebut.

Bahan-bahan:

1 mangkuk(pot) kulat sisir
1 biji bawang besar**
15 biji cili api**
Sejemput ikan bilis**
1/2 inci belacan**
**ditumbuk/dikisar
2 batang serai ~ diketuk
1 keping(kecil) asam keping/gelugur
1/2 sudu kecil sebuk kunyit
Santan secukupnya
Garam dan gula.

Cara penyediaan:

1. Bersihkan kulat sisir(buang sisa kulit kayu yg melekat pada pangkalnya). Basuh dan perahkan airnya, kemudian ditumbuk.
2. Masukkan semua bahan yang telah ditumbuk/kisar, kulat sisir, kunyit, serai, asam keping dan santan ke dalam periuk.
3. Gaul rata dan masak dengan menggunakkan api sederhana. Kacau/timbuk gulai sentiasa untuk menggelakkan pecah minyak.
4. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kuah bergantung pada citarasa, tapi sedap kalau kuahnya agak pekat.


Kulat sisir yang telah dibersihkan.

7 ulasan:

izahdaut berkata...

akak..sedapnye kulat sisir..peberet ni..tapi susah tul nk jumpaa

giha lalala berkata...

yes. my fav. tapi kami di n9, kami panggil cendawan kukur. kalau tak perati btol2 tadi.. mesti tak tau kulat sisir ni ape.. memang susah nk jumpa.. time hujan2 senang nk carik dekat kayu2 mati. :P

Suzana berkata...

orang kampung saya panggil cendawan kuko (betul kot ejaan). memang lazat buat lemak serai....

Kak Rose berkata...

Salam raidah, tengok gulai kulat tu teringinnya nak makan... kalau campur ngan jantung pisang lagi terangkat.... mana kak rose nak cari kulat ni?

emly2175 berkata...

teringat kat masakan mak saya..memang susah nak dpt cendawan ni..

p/s: terjumpa blog akak semasa tgh sibuk cari resepi ayam goreng berempah..

Azizal Adnan berkata...

kulat nie mmg my fev.... sedap sgt... kenyal2... tapi kat penang susah nak jumpa.... dulu, balik umah tok kt sik kedah, kami pi cari sendiri ja kulat ni kat dlm kebun getah... thanks for sharing....

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih, dah bertahun tak makan kulat masak lemak ni, sebelum ni mak yang masakkan. Hari ni saya beli kulat dan cuba buat ikut resipi ni, memang menjadi :-)

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.