Lemak Putih Umbut Kelapa

Umbut kelapa, kabung dan kelapa sawit memang selalu dijadikan juadah sayuran bila ada majlis kenduri kendara. Biasanya dibuat masak lemak putih atau pun kerabu. Memang membuka selera, tambahan bila dimakan bersama rendang ikan masin..Untuk memperolehi umbut kelapa memang agak sukar sedikit. Kadang2 ada juga dijual di pasar(bhg sayur2 kg) ataupun di pasar minggu.

Bahan-bahan:

1 kg umbut kelapa atau secukupnya ~ dipotong dan cuci bersih
1 biji bawang besar ~ dihiris
3 batang serai ~ diketuk
3 sudu besar kerisik
Santan secukupnya
Garam dan gula.

Cara penyediaan:

1. Masukkan umbut yang telah dibersihkan tadi ke dalam periuk. Tuang air sehingga melepasi paras umbut dan rebus sehingga umbut empuk.
2. Setelah umbut empuk, masukkan pula bawang yg dihiris, serai dan santan secukupnya. Masak sehingga santan mendidih, kuah hendaklah sentiasa dikacau untuk menggelakkan pecah minyak.
3. Masukkan kerisik, garam secukupnya dan sedikit gula. Gaul rata.
4. Setelah kuahnya sesedap rasa, bolehlah matikan api dan dihidangkan.

Inilah rupanya umbut kelapa yg belum dibersihkan dan potong.

3 ulasan:

Mah@mahu berkata...

Sedap menu hari ini.. Jom sertai kempen 1 Blog 1 Bendera sempena kemerdekaan negara tercinta..

Ruziawati Bukhari berkata...

ya allah!! sedapnya semua resepi u ni.. sangat2 sedap ok? dh balik ke msia ye?

Idahelmi berkata...

Salam Tie..

Aha sekrg ni dah ada kat Msia sampai raya ke5 nanti..Kat Msia nilah masanya nak makan masakan kampung ni :)

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.