Roti Celup Telur

Roti celup telur ni biasanya dibuat untuk bekalan anak2 ke sekolah. Senang dan cepat untuk menyediakannya..

Bahan-bahan:

Roti Hotdog
3 biji telur
1 biji bawang besar ~ potong dadu
1 biji tomato ~ buang biji dan potong dadu
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Butter/minyak.
Bahan sampingan mayonis, cili sos dan salad.

Cara penyediaan:

1. Belah/potong dua roti dan ketepikan.
2. Pecahkan telur dan masukkan bawang, tomato, garam dan serbuk lada sulah. Kacau sebati.
3. Panaskan sedikit butter/minyak ke dalam kuali. Tuang adunan telur dan letak roti atas adunan tersebut.
4. Masakkan sehingga adunan telur masak, terbalikkan jika suka.
5. Angkat roti dan bolehlah paipkan/sapukan dengan mayonis dan cili sos. Letak salad dan tutup semula roti.

3 ulasan:

Satini berkata...

Salam. Semlm try buat utk dinner. Family suka, pagi ni buat lagi utk bekal anak sekolah, tkasih banyak

Idahelmi berkata...

Salam satini, terima kasih..

Adilah Manaf Celik Vitamin berkata...

TEringat masa dulu cikgu homeroom saya pernah masakkan untuk kami.

10 TIPS Merangsang Kehamilan

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.