Bendi Goreng Sos Tiram

Masak sayur bendi kali ini, saya rebus dahulu bendi dan dibuang airnya. Kemudian saya potong pangkal dan hujung bendi tersebut dan baru ditumis dengan bahan2 lain. Jadi kuranglah lendir dari bendi tersebut.

Bahan-bahan:


15 biji bendi
5 ulas bawang putih ~ didadu kecil2
1 sudu besar udang kering yg telah disangai dan dimesin halus
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
2 keping asam keping ~ guna untuk merebus bendi
Air
Garam (jika perlu) dan sedikit gula
Minyak untuk menumis
**Kalau ingin pedas, bolehlah tambah cili api yg diketuk atau ditumbuk.


Cara penyediaan:

1. Panaskan air dan masukkan asam keping ke dalam periuk. Bila air mendidih masukkan bendi yg telah dibersihkan dan masak hingga bendi masak. Angkat dan toskan airnya. Bila dah agak sejuk buangkan hujung dan pangkal bendi tadi.
2. Panaskan minyak dan gorengkan bawang putih sehingga garing dan angkat bawang tadi.
3. Dengan menggunakan api yg besar, masukkan sos tiram dan kicap serta air. Kacau rata. Perasakan masinnya. Saya suka letak sedikit gula utk menyedapkan lagi rasa. Masukkan bendi dan tutupkan api.
4. Angkat dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng dan udang kering.

5 ulasan:

hazeleyed lady berkata...

...bendi yang banyak khasiat...

Latifah berkata...

dah cuba resepi ni.
sangat sedap... cuma ada ubah sikit sebab x cukup bahan...
=)

Nieza berkata...

wah bagus ni kak..msk yg simple tapi sedap...:)

Norasikin berkata...

Cara yang unik untuk mengurangkan lendir bendi. jika tak dipotong bendi tu lendir tak akan keluar.

~Norul Mas Hana ~ berkata...

best..saya dah try..mudah je nak buatkan... thanks for sharing.. =)

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.