Nasi Lemak Abu Dhabi

Nasi lemak, ayam goreng berempah, sambal tumis, ulam timun dan ditambah dengan kangkung celur..Hidangkan nasi panas2 letak atas daun pisang, baru sedap mcm mkn kt Malaysia jugak..

Nasi

4 pot beras basmathi ~ basuh dan saya rendamkan 30minit
4 pot @ lebih (bergantung kepada beras) santan (saya guna santan serbuk)
1/2 inci halia ~ dihiris
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
Garam dan sedikit gula.
** saya guna santan serbuk, jadi saya masak dahulu santan bersama halia, bunga cengkih dan daun pandan sehingga mendidih.

Cara penyediaan :

1. Masukkan beras ke dalam rice cooker. Kemudian masukkan santan yang telah dimasak dengan bahan. Masukkan garam secukupnya dan sedikit gula.
2. Tanak nasi sehingga masak. Bolehlah dihidangkan dengan lauk atau sambal kegemaran.

Sambal Tumis Ikan Bilis:

Saya suka buat sambal menggunakkan banyak bawang dan sambal tumis ni mengikut cara yang biasa saya masak.
150 g ikan bilis
2 biji bawang besar ~ dihiris
2 biji bawang besar**
5 ulas bawang putih**
20 tangkai lebih atau kurang cili kering ~ rebus, basuh dan toskan airnya**
Sedikit belacan (secukupnya)**
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula
Air secukupnya untuk kuah
Minyak untuk menumis.
** Goreng bahan ** sehingga masak dan kemudian kisar sehingga hancur, jadikan pes.

Cara penyediaan:

1. Goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan toskan minyak.
2. Masak semula pes bawang yang telah dibuat tadi sehingga naik/terbit minyak.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan hirisan bawang besar dan air untuk kuah secukupnya.
5. Apabila bawang telah masak, matikan api dan masukkan ikan bilis goreng tadi. Gaul rata ikan bilis dan bolehlah diangkat.

11 ulasan:

beruang diabetes berkata...

oh.letak belacan eh kt sambal? sye buat x letak, patot xde rupe mcm yg salu jual kt kedai. haha. okeh2..terimakaseh puan.

Liza @ Adzriel AB berkata...

tu dia... buat rasa lapar je ni.

Raidah berkata...

Assalamualaikum Nadiah, Liza..

Nadiah, sambal tumis tu,terpulang kepada kita nak letak belacan ataupun tidak.Tapi bagi citarasa akak, kalau letak belacan lagi sedap..

penhitam berkata...

fuhh, kalau dapat makan ni, memang menjilat jari.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih untuk resipi nasi lemak. Duduk di jepun ni agak sukar nak cari santan betul. Ada santan serbuk saja. Nasib baik ada resipi nasi lemak guna santan serbuk. Terima kasih kerana berkongsi! Saya guna resipi ni dan alhamdulillah menjadi. Terima kasih lagi sekali. :D

nur easy berkata...

ooo kena masak dulu ya santan serbuk tu. nak cubalah. padan slalu wat x berapa elok ;)

Tanpa Nama berkata...

Wow...Thanks SIs...Nice Tips


Gossip Panas Artis Malaysia

MUNIRA berkata...

KAT ABU DHABI MANA NAK CARI DAUN PADAN YE?

Tanpa Nama berkata...

Daun pandan boleh didapati di Alfamart berhampiran Abu Dhabi Mall. Opposite Canada Grammar School. Ataupun Thai Grocery Store - tak silap Saba Trading - berhampiran Al Salama Hospital. Dua2 store ni area Tourist Club Area(TCA),Abu Dhabi.

Nur Fasya Ahmad Farid berkata...

Santan serbuk tu guna satu paket terus ke? Satu paket= 1biji kelapa.

Nur Fasya Ahmad Farid berkata...

Santan serbuk tu guna satu paket terus ke? Satu paket= 1biji kelapa.

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.