Pulut Durian / Pulut & Serawa Durian

Dapatlah makan sesekali pulut durian..buat dengan menggunakan lempuk durian yang dibawa dari malaysia..Stok lempuk dah pun habis, harap2 balik bercuti minggu depan boleh bawak stok baru, itu pun kalau ada buah durian yang dijual..kalau tak ada boleh beli lempuk durian segera yang banyak jual di pasaraya..

Bahan-bahan:

Beras pulut(secukupnya) ~ rendam 3 jam atau lebih
Isi durian atau lempuk durian secukupnya
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 helai daun pandan
Gula dan garam.

Cara penyediaan:

1. Toskan beras pulut yang telah direndam dan kemudian kukus sehingga masak (Pulut ini saya kukus kosong tanpa letak santan dan garam).
2. Untuk kuah/santan :~ Masak santan bersama air, daun pandan, gula dan sedikit garam.
3. Kacau diatas api yang perlahan sehingga mendidih.
4. Masukkan isi durian/lempuk, kacau rata. Kalau manisnya sudah menepati citarasa, bolehlah diangkat (boleh juga kalau nak letak isi durian kemudian, masak kuah sahaja. Tapi saya suka masakkan sekali durian dgn kuahnya).
** Kalau suka boleh juga campurkan dengan gula merah/gula melaka.

9 ulasan:

Antan Bertingkah berkata...

Assalam... sedapnya tengok pulut dengan kuah durian.... lama tak makan...

Mamasya berkata...

Salam Raidah

Apa kabar Raidah ? sedapnya pulut durian..guna lempuk ganti durian..idea yg bagus..nak beli durian murah kena tunggu musim.kat sana pun kalau ada tentu mahalkan.

Raidah berkata...

Salam Mamasya,
Alhamdulillah baik.kat Abu dhabi ni ada jual durian di pasaraya2.sentiasa ada tapi duriannya dah tak menarik,durian lama. Durian Siam yg saiz besar tapi harga mmg blh tahan mahalnya.

Adzriel AB berkata...

wah..boleh copy ni.

http://adzriel.blogspot.com/2011/03/ghairahnya-makan-durian.html

Hairul berkata...

tq kak raidah atas resepi ini..
memang lazat dan mudah di sediakan..
mmg lebih sedap dimasak sekali dgn isi durian...

Liza @ Adzriel AB berkata...

http://adzriel.blogspot.com/2011/04/blog-ni-aku-rasa-patut-popular-laa.html

anameera berkata...

salam. sedap sangat nampaknya. Kalau saya buat banyak-banyak agak-agak macammana nak simpan supaya tahan lama..cos saya ni suka makan sikit.. tapi nak makan banyak kali sampai betul-betul puas.

Raidah berkata...

Salam anameera,
Senang je kalau buat banyak, simpan dalam peti beku. Bla rasa nak makan,keluar dan panaskan.

Fokus klasik berkata...

salam kak...
sy sngat2 suke...pulut durian =D

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.