Kari Ayam Resepiraidah

Bahan-bahan:

1 ekor ayam ~ potong kecil, basuh dgn asam garam @ dgn tepung gandum dan toskan
2 biji ubi kentang ~ belah 4
2 biji lobak merah ~ potong panjang dan dibelah 2
3 biji cili besar hijau @ merah ~ biar sebiji2
30 g rempah kari ayam/daging ~ bancuh dgn air utk jadikan pes
2 sudu besar cili kisar( jika ingin tambah pedas tapi saya tidak tambah cili)
1 biji bawang besar**
3 ulas bawang putih**
1/2 inci halia**
**ditumbuk/kisar halus
Santan kelapa secukupnya
2 keping asam keping/gelugur ataupun asam jawa secukupnya(ikut citarasa)
Garam dan gula
Air
Minyak untuk menumis.
Bahan tumis:
Rempah 4 sekawan ~ 1 btg kulit kayu manis, 5 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga & 2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar ~ belah 2 & hiris halus
3 biji bawang putih ~ belah 2 & hiris halus
1/2 inci halia ~ hiris halus mcm batang mancis
1 tangkai daun kari.

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumiskan rempah 4 sekawan serta bahan tumis lain sehingga garing. Angkatkan semua bahan tumis tersebut dan ketepikan dahulu.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumiskan pula bahan tumbuk/kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan pes kari. Masak sehingga betul-betul masak atau sehingga terbit minyak. Tambah air jika perlu supaya rempah kari tidak hangit/hangus.
4. Masukkan pula ayam dan ubi kentang, gaul rata dan biarkan selama 10 minit atau sehingga ayam kecut.
5. Kemudian masukkan santan(sebyk mana kuih yg diinginkan), lobak, cili besar, asam keping/asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga ayam lembut.
6. Apabila ayam sudah masak, masukkan bahan tumis yang telah siap digoreng tadi dan gaul rata. Biarkan 2 ke 3 minit dan matikan api dan bolehlah dihidangkan.

4 ulasan:

Liza @ Adzriel AB berkata...

malam ni buat kari ayam juga..

aeshcame berkata...

owh nice recipe. my atok punye kari letak serai..hehehe ntah resepi mana..

Zuwairi Aiman berkata...

wah sedapnye ..

Idahelmi berkata...

Salam aesh..
Kari yang atok aesh buat tu betul jugak..memang ada kari yg letak serai, lengkuas..akak tgk resepi kari(gulai) org kelantan letak serai&lengkuas..akak pun dah pernah cuba..nanti akak masukkan resepinya :)..

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.