Asam Tumis(pedas) Kepala Salmon


Nah ni dia kepala ikan salmon yang belum dimasak..Ari tu my hubby beli seekor ikan salmon so minggu tu makan salmon jelah hehehe...


Bahan-bahan:
Yang penting kepala ikan salmonlah kan tapi campurlah bahagian2 lain
3 sudu cili kisar ~ jika ingin pedas, tambahkan
1 labu bawang besar ~ dikisar
3 ulas bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
1inci halia ~ dikisar
Sedikit kunyit serbuk/hidup
Sedikit belacan
Air asam jawa secukupnya
Bunga kantan dan daun kesum secukupnya
Garam dan gula ~ secukup rasa
Air
Minyak untuk menumis.
Cara Penyediaan:
Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar sehingga naik baunya. Masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga garing. Perlahankan api dan masukkan ikan. Selepas itu, masukkan pula jus asam jawa dan biarkan api perlahan sehingga mendidih. Letaklah garam dan gula secukup rasa. Tutup periuk dan biarkan sehingga masak.

Sedia dihidang..

*Boleh ditambah dengan sayur seperti kacang bendir atau terung..

Salmon Salad

Resepi salad ni saya pernah buat sebelum ni tapi saya buat salad ayam..kali ni saya nak tunjukkan salad salmon pulak..bahan2nya lebih kurang sama je..

Bahan-bahan:
Salmon yg telah dipanggang ~ di hancurkan sedikit isinya
6 helai lattuce( kalau tak de gunalah daun salad) ~ dihiris
1 biji tomato ~ dibuang biji dan dihiris ikut sukalah
1 batang lobak merah ~ dihiris
1 biji bawang besar ~ dihiris
Untuk sos:
3 sudu minyak zaitun
1 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
3 sudu jus lemon ~ nk masam blh ditambah lagi
Garam, gula dan serbuk lada hitam ~ secukup rasa.
Cara penyediaan:
Letakkan semua bahan-bahan salad dan salmon ke dalam mangkuk. Seeloknya sos digaulkan bersama salad ketika hendak makan.

Salmon Steak

Bahan-bahan
Ikan salmon - dicuci dan di bersihkan
Sedikit mix herba
Serbuk lada hitam
Sedikit olive oil
Garam.
Cara penyediaan:
1. Perapkan salmon bersama mix herba,lada hitam, olve oil dan sedikit garam. Biarkan selama lebih kurang 30 minit.
2. Kemudian bakar di dlm oven 180 C selama 20-30 min atau masak diatas non-stick pan.
3. Angkat dan sedia untuk dihidang..

Maggi Goreng Arab

Bahan-bahan:
1 bungkus maggi kari
1 biji telur
2 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 sudu besar cili kisar(kalau nak pedas bubuh lebih)
Taugeh
Garam dan gula secukup rasa
Air
Sedikit minyak.
Cara Penyediaan:
1. Panaskan air, bila air mendidih masukkan maggi dan rebus selama lebih kurang 3minit dan kemudian ditoskan.
2. Tumiskan bawang putih dan bawang merah bersama cili kisar.
3. Bila dah agak garing, masukkan perencah maggi dan sedikit air.
4. Kemudian masukan maggi dan letaklah garam dan gula secukup rasa.
5. Ketepikan sedikit maggi, pecahkan telur dan bila telur agar sedikit masak, kacaulah bersama maggi tadi.
6. Masukkan sedikit taugeh, kacau seketika dan bolehlah diangkat.
Sedia dihidang dengan ditaburkan sedikit bawang goreng dan daun bawang.

Daging Salai Masak Yogurt

Bahan-bahan:
Daging
Yogurt (kalau tak ada, gantikan dgn santan)
Bawang besar/kecil ~ ditumbuk
Cili api ~ ditumbuk
Serai ~ diketuk
Sedikit kunyit
Asam keping (kalau menggunakan yogurt, asam keping tidak perlu)
Garam dan gula secukup rasa.
Cara penyediaan:
1. Potong dan basuh daging dan toskan airnya. Salaikan (panggang) dalam oven atau atas non-stick pan. Salai hingga separuh masak atau kering airnya.
2. Potong daging mengikut citarasa anda.
3. Rebus daging salai dengan cili yang telah ditumbuk sekejap. Ini untuk pastikan daging salai empuk dan cili masak sempurna.
4. Setelah daging tadi lembut, masukkan bawang, yogurt(santan),serai dan kunyit.
5. Masak lagi dan kacau rata sehingga mendidih. Kemudian letaklah garam dan gula secukup rasa. Kalau pekat tambahlah air secukupnya.
Sedia untuk dihidangkan.
* Bahan2 utk membuat resepi ni boleh ditambah atau dikurangkan mengikut banyak mana daging yg digunakan..pandai2lah nk agaknya ye..
Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.